Filipina tolak gesaan siasatan bebas PBB

Seorang lelaki disyaki pengedar dadah dibunuh individu tidak dikenali sepanjang kempen antidadah Duterte di pinggir Manila.
Seorang lelaki disyaki pengedar dadah dibunuh individu tidak dikenali sepanjang kempen antidadah Duterte di pinggir Manila.
A
A
A

MANILA - Filipina hari ini menolak gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengadakan siasatan bebas berhubung dakwaan pencabulan hak asasi manusia, menyifatkannya sebagai campur tangan dalam hal ehwal negara Asia.

Pakar hak asasi PBB semalam meminta Majlis Hak Asasi Manusia PBB supaya menyiasat beberapa insiden pembunuhan yang dianggap tidak adil sepanjang pentadbiran Presiden Rodrigo Duterte.

Duterte melaksanakan kempen antidadah kontroversi apabila lebih 5,400 orang disyaki pengedar dadah dan penagih dibunuh polis atau lelaki bersenjata tidak dikenali sejak memegang jawatan itu tiga tahun lalu.

Kumpulan hak asasi berkata, jumlah sebenar kematian sekurang-kurangnya tiga kali ganda lebih tinggi.

“Gesaan terbaharu oleh 11 pelapor khas dari PBB untuk siasatan antarabangsa ke atas Filipina bukan sahaja mencabar intelektual tetapi juga campur tangan terhadap kedaulatan Filipina,” kata jurucakap Duterte, Salvador Panelo dalam satu kenyataan.

Beliau menuduh pakar PBB mengada-adakan fakta salah dan berat sebelah ditambah dengan pencabulan yang berniat jahat terhadap pihak berkuasa.

Pada Mac tahun lalu, Duterte menegaskan bahawa beliau tidak akan bekerjasama dengan PBB.

Malah, Duterte meminta pihak polis dan tentera supaya tidak memberikan kerjasama terhadap sebarang siasatan yang dijalankan badan dunia itu. – AFP

Artikel Berkaitan: