Sajian istimewa Krismas, Tahun Baharu di Grand BlueWave

Chef Ahmad Al-Hafiz menunjukkan antara sajian istimewa yang ditawarkan sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2019.
Chef Ahmad Al-Hafiz menunjukkan antara sajian istimewa yang ditawarkan sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2019.
A
A
A
SHAH ALAM - Tidak lengkap sambutan perayaan tanpa hidangan yang istimewa dan menyelerakan.

Justeru, sempena sambutan Krismas 25 Disember ini dan kedatangan tahun baharu 2019, Grand BlueWave Hotel Shah Alam menawarkan bufet Hi Tea dengan pelbagai sajian menarik pada harga promosi di Restoran Royale Songket.

Butter Rice, Chicken Cordon Bleu, BBQ Prawn Skewer, Grill Foot Long Sausage, Satay Pizza, Butter Vegetable, Italian Seafood Salad, Cream Chicken Chowder Soup & Cheese Bread Croutons, Popcorn, Fruits Tartlets, Assorted French Pastries & Pudding antara yang disajikan pada 24, 25 dan 31 Disember ini serta 1 Januari 2019.

Senior Chef D'Cusine, Chef Ahmad Al-Hafiz berkata, harga yang ditawarkan amat berpatutan.

"Christmas Hi Tea berharga RM68 bagi dewasa, RM58 untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas dan RM35 dikenakan bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun," katanya.

Sementara itu, harga sama turut dikenakan bagi New Year Hi-Tea.

Dalam pada itu, Grand BlueWave Hotel Shah Alam turut menyediakan Makan Malam Buffet BBQ Malam Krismas.

RM88 dikenakan bagi dewasa, manakala kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun pula RM44.

Chef Ahmad Al-Hafiz berkata, bagi menikmati Makan Malam Tahun Baru Malam di Club Lounge, Aras 18, harga ditawarkan ialah RM85 bagi dewasa dan RM42.50 bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 11 tahun.
Artikel Berkaitan: