'Sampai sekarang saya jaga integriti'

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. FOTO ZAHID IZZANI
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

PUTRAJAYA - "Sejak saya masuk kerja, sampai sekarang saya jaga integriti saya," demikian luahan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menangkis tohmahan negatif sesetengah pihak terhadap dirinya.

Menurutnya, beliau cukup menjaga dan mementingkan integriti dalam diri dan tidak pernah menyalahgunakan kuasa dalam tempoh 33 tahun perkhidmatan di sektor awam.

"Saya perlu mengotakan janji yang pernah dibuat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali ke SPRM bagi tempoh setahun sahaja.

"Saya kenakan dua syarat dengan memberikan fokus untuk menyelesaikan dua isu utama iaitu siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

"Kedua, menyelesaikan isu dalaman 'berpuak-puak' dalam SPRM, di mana saya yakin dapat menyelesaikannya dalam tempoh enam bulan ke setahun," katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Hotel Everly, Putrajaya hari ini.

Beliau sebelum ini turut meminta semua pihak memberi kepercayaan dan sokongan kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Latheefa Koya untuk menerajui SPRM.

Menurutnya, Latheefa perlu diberi peluang untuk menjalankan tugas dan memimpin SPRM dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Shukri tunai janji kepada Dr Mahathir

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Shukri tampil beri penjelasan tamat kontrak awal