TEKUN Nasional kutip hutang RM 200 juta

Suparadi (berdiri dua dari kanan) melayan tetamu pada majlis Majlis Apresiasi Karnival Usahawan dan Sambutan Hari Raya Aidifitri 2019 di Dataran Kopakat, di sini malam tadi.
Suparadi (berdiri dua dari kanan) melayan tetamu pada majlis Majlis Apresiasi Karnival Usahawan dan Sambutan Hari Raya Aidifitri 2019 di Dataran Kopakat, di sini malam tadi.
A
A
A

TANAH MERAH - Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN Nasional) kini sudah mengutip balik RM200 juta hutang daripada 419,483 peminjam agensi terbabit dalam tempoh lima bulan lalu untuk tahun ini.

Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata, jumlah kutipan itu ternyata menunjukkan peminjam mula sedar tanggungjawab mereka untuk membayar balik hutang.

"Walaupun daripada jumlah itu hanya separuh daripada hutang terkumpul iaitu lebih RM600 juta daripada kesemua peminjam, kita sentiasa berusaha mengambil masa dan ruang untuk membolehkan peminjam membayar balik hutang mereka.

"Kita telah memberi peluang kedua kepada mereka yang tidak boleh bayar balik hutang supaya tampil berjumpa dan berbincang dengan pihak kami," katanya.

Beliau berkata demikian, selepas Majlis Apresiasi Karnival Usahawan dan Sambutan Hari Raya Aidifitri 2019 di Dataran Kopakat, di sini malam tadi.

Hadir sama, Ketua Pengawai Eksekutif TEKUN Nasional Datuk Adam Abd Ghani.

Mohamad Suparadi berkata, walaupun pihaknya berusaha menyelesaikan masalah hutang, namun beliau tidak mahu peminjam melihat dasar dan usaha TEKUN Nasional seperti ahlong dalam langkah mengutip hutang.

"Kita bukan ahlong untuk mengambil hutang secara paksaan, kami mempunyai keadah tertentu bagi membantu peminjam agar mampu membayar balik hutang mereka.

Artikel Berkaitan:

"Jadi kita memahami keadaan ekonomi tidak menentu, sehingga ramai peminjam tidak mampu bayar balik hutang mereka terutama mereka yang tidak berjaya dalam usahawan dan perniagaan selepas mendapat pimjaman," katanya.

Kita akan mengambil tindakan tanpa kompromi kepada peminjam yang 'lari' daripada tanggungjawab mereka untuk membayar balik hutang pinjaman.

"Jenis peminjam lari dan sembunyi yang kita tidak mahu kerana sikap ini akan memberikan kesan kepada usahawan kecil dan sederhana yang lain untuk mendapat dana pimjaman," katanya.

"Bukan kami mahu jadi ahlong untuk mengambil hutang secara paksaan, kami mempunyai kaedah tertentu bagi membantu peminjam agar mampu membayar balik hutang mereka.

"Kami faham dalam keadaan ekonomi tidak menentu ramai peminjam tidak mampu bayar balik hutang mereka terutama mereka yang tidak berjaya dalam usahawan dan perniagaan selepas mendapat pinjaman," katanya.

"Sikap lari dan bersembunyi ini hanya akan memberikan kesan kepada usahawan kecil dan sederhana yang lain pada masa hadapan untuk mendapat dana pinjaman," katanya.