MIB International beri kejutan berbeza

No Image Caption
A
A
A

Filem: Men In Black International

Bahasa: Inggeris

Klasifikasi: P13

Genre: Aksi/komedi

Durasi: 113 Minit

Tarikh Tayangan: 13 Jun 2019

Pengarah: F. Gary Gray

Pelakon: Chris Hemsworth, Tessa Thompson, Liam Neeson, Rebecca Ferguson

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

SETELAH tujuh tahun berlalu, filem Men in Black (MIB) kembali menemui penonton terutama pengikut setia mereka menerusi siri terbaharunya, Men In Black International yang akan ditayangkan di pawagam mulai 13 Jun ini.

Kali terakhir siri filem ini tampil dengan MIB3 pada tahun 2012 dan mencatat kejayaan membanggakan menerusi kutipan box office di seluruh dunia.

Bagaimanapun, kali ini filem yang berlatar belakangkan sebuah organisasi perisikan rahsia ini tidak lagi menampilkan kelibat Lee Jones dan Will Smith sebagai teraju utama sebaliknya mempertaruhkan gandingan baharu yang mencuri perhatian ramai.

MIB International akan menyaksikan aktor hebat dari filem Thor: Ragnarok iaitu Chris Hemsworth sebagai Agent H dan Tessa Thompson sebagai Agent M. Pilihan yang tidak perlu diragukan apatah lagi kedua-dua pelakon ini mempunyai keserasian yang diakui ramai.

Selain dua watak hebat ini, filem arahan F. Gary Gray ini juga turut menampilkan beberapa karakter baharu yang mempunyai peranan berbeza di dalam filem ini.

No Image Caption

Antaranya ialah Liam Neeson dan Rebecca Ferguson turut tampil dengan sisi lakonan berbeza mereka sekali gus memberikan impak kepada tontonan.

Filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi berbeza termasuklah New York, Itali, Morocco dan London ini mengisahkan tentang Ejen H yang dikenali sebagai ejen terhebat di cawangan MIB United Kingdom.

Ejen H diarahkan untuk bekerjasama dengan Ejen M yang juga merupakan ahli baru cawangan tersebut. Mereka digandingkan bersama untuk menyelamatkan bumi daripada serangan makhluk asing.

Pada masa yang sama, mereka perlu menyelesaikan masalah besar antara keduanya apabila mendapat tahu ada perisik dalam organisasi MIB.

Apa yang pasti, MIB International bakal memberikan kejutan berbeza buat peminat setia filem ini. Selain babak aksinya yang lebih pelbagai, elemen komedi yang ditampilkan juga turut menghiburkan. Sebuah filem aksi komedi yang tidak harus dilepaskan.

No Image Caption

Peraduan

Menangi hadiah menarik dan eksklusif daripada filem Men In Black International dengan menjawab soalan dan slogan di bawah.

1. Bilakah filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia?

2. Berikan nama dua teraju utama Men In Black International

3. Saya tertarik mahu menonton Men In Black International kerana:...........................................

Sertakan: Nama Penuh, No. K/P, Alamat, E-mel & No. Telefon

Tarikh tutup penyertaan: 22 Jun 2019

Hantarkan penyertaan anda ke alamat: Peraduan Men In Black International - Sinar Harian, Sinar Karangkraf Sdn Bhd, No. 3, Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

No Image Caption

Hadiah

Hadiah pertama x3 1x T-shirt Edisi Terhad Men In Black International

Hadiah kedua x1 1x Bekas Air & RFID Wallet Edisi Terhad Men In Black International

Hadiah ketiga x2 1x Decals & Pawny Magnet Edisi Terhad Men In Black International

Hadiah saguhati x2 1x Pin Badge & Pawny Fugurine Edisi Terhad Men In Black International

(Hadiah sumbangan Sony Pictures Entertainment Malaysia: terima kasih Olivia Liew)

No Image Caption