Masih ramai tak peka jenayah pecah rumah

Akhbar
Akhbar
A
A
A

SHAH ALAM - Sikap segelintir masyarakat yang tidak mengambil berat tentang keselamatan rumah yang ditinggalkan sepanjang musim perayaan menjadi faktor masih berlakunya jenayah pecah rumah.

Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata, beberapa langkah berjaga-jaga harus diambil penghuni rumah sepanjang meninggalkan rumah.

"Antaranya dengan memaklumkan kepada jiran terdekat, mengisi Borang Maklumat Balik Kampung bagi memudahkan pemantauan polis, usah terlalu menunjukkan barang yang banyak di dalam rumah serta menghentikan penghantaran surat khabar sepanjang ketiadaan di rumah.

"Ini bagi mengelakkan penjenayah mudah mengesan kediaman yang ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, biar pun kempen Op Selamat 15/2019 sedang rancak dilaksanakan pihak polis, namun kejadian jenayah seumpama ini masih berlaku.

Katanya, tidak dinafikan masih terdapat masyarakat yang kurang peka dan tidak prihatin dengan perkara ini.

"Penghuni atau pemiliki rumah sebaiknya perlu lebih 'alert' dengan pelakuan jenayah sebegini kerana ia akan mengakibatkan jumlah kerugian yang besar," katanya.

Terdahulu, berdasarkan laporan statistik Op Selamat 15 dalam tempoh sembilan hari bermula 29 Mei lalu, sebanyak 380 kes pecah rumah dan premis dilaporkan di seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

Daripada jumlah itu, Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 94 kes, diikuti Sabah (37), Sarawak (36), Kuala Lumpur (33), Perak (32), Johor (24), Pulau Pinang (23), Negeri Sembilan (22), Pahang dan Kelantan (21), Kedah (20), Melaka (8), Terengganu (6) dan Perlis (3).