X

Kindly register in order to view this article
!

China ikrar 'berjuang hingga ke akhir'

Trump (kiri) berhasrat untuk bertemu Jinping selepas G20 pada akhir bulan ini.
A
A

BEIJING - China berikrar untuk berjuang hingga ke akhir jika Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk memperhebatkan perang perdagangan dengan negara itu selepas Presiden Donald Trump mengancam mahu mengenakan tarif tambahan ke atas barangan eksport Beijing.

“Kami tidak akan berdiam diri jika Washington mahu mengeruhkan lagi keadaan,” kata jurucakap Kementerian Kewangan, Gao Feng ketika sidang media semalam.

Menurutnya, tindakan AS mengenakan tekanan berterusan ke atas China telah memberi kesan kepada rundingan perdagangan bilateral dan hala tuju rundingan pada masa depan.

“Kami tidak mahu terlibat dalam perang perdagangan ini dan tidak takut mana-mana pihak. Kami akan mengambil langkah tindak balas sewajarnya demi untuk melindungi kepentingan China dan rakyat kami,” tegasnya lagi.

Kenyataan itu dibuat selepas Trump mengancam untuk mengenakan cukai tambahan ke atas produk China bernilai AS$300 bilion (RM1.2 trilion) selepas sidang kemuncak G20 di Jepun pada 28-29 Jun depan.

“Saya akan buat keputusan dalam tempoh dua minggu lagi selepas G20. Saya akan bertemu Presiden China, Xi Jinping dan kita akan lihat apa berlaku seterusnya,” kata Trump ketika mengadakan lawatan di Perancis.

Difahamkan, sidang kemuncak di Jepun akan menjadi peluang pertama untuk Trump dan Jinping bertemu semula sejak pertemuan di Buenos Aires pada akhir 2018.

Tarikh mesyuarat itu bagaimanapun masih belum ditetapkan.

Sebelum ini, Trump meningkatkan tarif sehingga 25 peratus ke atas AS$200 bilion (RM831 bilion) ke atas barangan China dan mengarahkan wakilnya untuk bersedia mengenakan cukai tambahan baharu ke atas hampir keseluruhan produk import dari Beijing.

Dalam satu kenyataan, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut memberi amaran perang perdagangan AS-China bakal menimbulkan ancaman kepada ekonomi global. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!