Peniaga rai asnaf dan anak yatim

Wakil pengurusan Rumah Kasih Bestari berkesempatan beramah mesra selepas menerima sumbangan khas dari peniaga.
A
A

PETALING JAYA - Seramai kira-kira 90 penghuni Rumah Kasih Bestari, Kampung Melayu Subang diraikan dalam program khas Aidilfitri anjuran peniaga Uptown Kota Damansara dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Harimau Jagoan Malam Malaysia (AMT86 Family) baru- baru ini.

 Penghuni Rumah Kasih Bestari menjamu selera sebelum dibawa membeli-belah.
Penghuni Rumah Kasih Bestari menjamu selera sebelum dibawa membeli-belah.

Program amal berkenaan membawa penghuni terdiri daripada golongan asnaf dan anak yatim membeli-belah kelengkapan dan pakaian hari raya di kedai terpilih di dalam Uptown Kota Damansara sebelum masing-masing diberikan sumbangan duit raya.

Bersama seluar jeans pilihan masing-masing.
Bersama seluar jeans pilihan masing-masing.

Program turut diceriakan dengan kehadiran maskot adiwira yang mengiringi kumpulan kanak-kanak ketika memilih pakaian di sekitar Uptown Kota Damansara.

Penghuni Rumah Kasih Bestari terima sumbangan peniaga Uptown Kota Damansara
Penghuni Rumah Kasih Bestari terima sumbangan peniaga Uptown Kota Damansara