Buda tekad lebih menyerlah di Seoul

x-default
x-default
A
A
A
ATLET bina badan negara, Buda Anchah, 46, berazam untuk meraih pingat emas dalam kejohanan bina badan di Seoul, Korea tahun hadapan.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kejayaannya meraih pingat emas pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia di Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.

“Tahun hadapan saya akan berusaha lebih untuk meraih pingat emas di kejohanan bina badan yang akan diadakan di Seoul...memang hasrat saya ingin bersara...selagi saya sihat, saya akan terus aktif dalam sukan bina badan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching malam semalam.

Dalam kejohanan itu, Buda memenangi pingat emas dalam kategori masters 40-50 tahun selain pingat perak bagi kategori bawah 70kg.

Setiausaha Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) Andy Ismail, yang turut menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching berkata kerajaan negeri juga akan memberikan insentif kepada para atlet yang telah mengharumkan nama negara namun, jumlah itu bergantung kepada peruntukan yang telah dibentangkan dalam bajet negeri.
Artikel Berkaitan:


“Selain itu, pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) juga akan membincangkan dalam usaha untuk memberikan elaun bulanan kepada beliau (Buda),” tambahnya. - Bernama