Polis NZ tutup jalan selepas bunyi tembakan di Christchurch

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

WELLINGTON - Sebatang jalan di timur pinggir Christchurch ditutup oleh polis selepas mendapat laporan bahawa bunyi tembakan kedengaran di kawasan itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Polis tiba di kawasan itu pada awal Jumaat selepas menerima laporan yang menyatakan satu das tembakan telah dilepaskan di sebatang jalan berhampiran sebuah taman di pinggir Avonside, kata Sarjan Kanan Paul Robertson dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Robertson berkata tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan berhubung insiden itu sedang dijalankan.

Polis telah memperketat kawalan keselamatan di seluruh negara selepas seorang lelaki bersenjata menyerbu dua buah masjid di Christchurch dan membunuh sekurang-kurangnya 51 orang pada 15 Mac dalam serangan pengganas yang disifatkan sebagai paling dahsyat di New Zealand. - Bernama

Artikel Berkaitan: