PLUS nasihat penunggang motosikal berhati-hati

Tip keselamatan untuk penunggang motosikal.
Tip keselamatan untuk penunggang motosikal.
A
A
A

SHAH ALAM - Plus Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan semua penunggang motosikal supaya lebih berhati-hati memandangkan kadar kematian yang tinggi melibatkan kumpulan pengguna lebuh raya itu.

Ketua Pegawai Operasinya, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, berdasarkan rekod sehingga 6 Jun, sebanyak 13 daripada 18 kematian akibat kemalangan sejak Op Selamat dilancarkan pada 29 Mei lalu terdiri daripada penunggang motosikal.

"PLUS menasihatkan semua penunggang motosikal supaya lebih berhati-hati dan menunggang secara selamat memandangkan kadar kemalangan melibatkan kumpulan ini di lebuh raya amat tinggi dan amat membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: