PM Israel gagal tangguh pendengaran kes rasuah

Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu
A
A
A

TEL AVIV - Peguam Negara Israel menolak permohonan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk menangguhkan pendengaran mahkamah berhubung dakwaan rasuah terhadapnya, lapor media.

Pejabat pendakwa raya berkata, Netanyahu memohon penangguhan pendengaran kerana pembubaran Knesset dan pilihan raya pada 17 September kepada tarikh selepas pengundian, lapor portal berita Ynet.

Selepas mempertimbangkan perkara itu, pejabat pendakwa berkata, tiada permintaan dibenarkan bagi mengubah tarikh yang ditetapkan untuk pendengaran.Netanyahu berkemungkinan akan berdepan dakwaan kerana rasuah, penipuan dan pecah amanah dalam beberapa bulan akan datang dan dilaporkan sedang cuba mendapatkan imuniti daripada undang-undang Parlimen baharu.Bulan lalu,

Peguam Negara, Avichai Mandelblit menetapkan Oktober ini untuk Netanyahu memberi maklum balas terhadap dakwaan ke atasnya.

Pejabat pendakwa raya menegaskan pendengaran yang dijadualkan pada 2 dan 3 Oktober ini tidak akan ditangguhkan walaupun sehari.Netanyahu menggesa pilihan raya baharu akhir bulan lalu selepas gagal membentuk gabungan.

Israel akan menghadapi pilihan raya pada September iaitu lima bulan selepas pilihan raya pada April yang menyaksikan Netanyahu dan sayap kanan dan sekutu agamanya menang dengan majoriti. - AFP

Artikel Berkaitan: