Rumah hangus ketika jalan beraya

Tiga rumah dan sebuah stor simpanan barang terbakar dalam kejadian Kampung Puteh, Batu 2, Jalan Kuala Krai hari ini. Gambar kecil:Mohamed @ Ibarhim Hamat
Tiga rumah dan sebuah stor simpanan barang terbakar dalam kejadian Kampung Puteh, Batu 2, Jalan Kuala Krai hari ini. Gambar kecil:Mohamed @ Ibarhim Hamat
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang warga emas yang keluar beraya di rumah terbuka pada pagi Syawal kedua terkejut apabila diberitahu rumahnya hangus dalam kebakaran di Kampung Puteh, Batu 2, Jalan Kuala Krai di sini hari ini.

Mohamed Ibrahim Mohamad, 71, berkata, dia keluar rumah pada jam 11 pagi memenuhi jemputan makan di rumah rakannya di bandar Kota Bharu sebelum menerima berita rumahnya hangus pada jam 12.15 tengah hari.

“Saya pergi rumah kawan tapi lepas itu jiran di kampung beritahu rumah saya hangus. Saya balik tengok api dah besar dah tak sempat nak ambil apa-apa.

“Api marak dan ada dua lagi rumah lain dan satu gudang makanan segera juga terbakar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, kebakaran rumah didiaminya bersama anak dan cucu selain ahli keluarganya yang pulang sempena Aidilfitri menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang

“Sedih apabila semua barang berharga tidak sempat diselamatkan, baju raya, biskut raya semua hangus tinggal sehelai sepinggan. Nak buat macam mana, ini pun tidak tahu nak tinggal di mana selepas ini,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Asmawati Mohamed, 36, berkata, dia sekeluarga yang sedang berbual sambil menonton televisyen di dalam rumah sebelum terdengar bunyi letupan kuat dari bahagian atas rumah dan terlihat kepulan asap dan api marak.

“Tanpa berfikir panjang kami seramai lapan orang termasuk dua anak saya, ibu, kakak, adik dan anak saudara terus berlari keluar menyelamatkan diri.

Artikel Berkaitan:

“Saya bersama adik-beradik serta jiran tetangga hanya sempat menolak tiga kereta termasuk sebuah Perodua Bezza miliknya ke kawasan yang selamat.

“Kami terpaksa memecahkan cermin hadapan kereta sebelum menolak kenderaan itu, namun tidak sempat mengambil kunci kenderaan yang turut hangus,” katanya.

Asmawati tinggal di Kuala Lumpur pulang berhari raya di rumah ibunya itu tinggal sehelai sepinggang serta tidak sempat menyelamatkan dokumen penting.

"Kebakaran menyebabkan keluarga saya kerugian lebih RM100,000 apabila wang tunai dan barang kemas bernilai lebih RM5,000, peralatan elektrik, perabot dan sebuah motosikal hangus.

"Buat masa ini, kami sekeluarga akan menumpang bermalam di rumah kakak yang tinggal berhampiran," katanya.

Sementara itu, lomander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung, Che Zamri Che Ya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.04 tengah hari.

"Seramai 40 anggota bersama pegawai bergegas ke lokasi kejadian termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung, Pengkalan Chepa, Darul Naim dan pasukan bomba sukarela serta lima jentera.

“Kejadian membabitkan tiga rumah dan sebuah stor simpanan barang. Sebuah rumah dan stor musnah 100 peratus, manakala dua rumah masing-masing musnah 10 dan 20 peratus,” katanya.

Menurutnya, api dapat dikawal dalam masa 38 minit dan kejadian tidak melibatkan nyawa apabila 17 mangsa yang terlibat sempat menyelamatkan diri.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Forensik Bomba,” katanya.