Lantikan Latheefa, PH hanya berjanji: Zahida

Datuk Zahida Zarik Khan
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) pernah berjanji tiada lantikan politik untuk jawatan tertinggi kerajaan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, perkara itu dilihat hanya janji tinggal janji di mana rakyat ditipu setiap hari.

"Mungkin ini berita gembira untuk rakyat menjelang Aidilfitri daripada kerajaan PH yang konon telus lagi berintegriti.

"Tahniahlah atas pelantikan," katanya dalam hantaran ringkas di Facebook miliknya baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Latheefa Koya ganti Mohd Shukri sebagai KP SPRM baharu

Terdahulu, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas Datuk Seri Mohd Shukri Abdull menamatkan kontraknya lebih awal.