Lebih 5,000 hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Sabah

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin (duduk tengah) bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (duduk kiri) pada Rumah Terbuka Hari Raya Yang Dipertua Negeri Sabah di Istana Negeri hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KOTA KINABALU - Lebih 5,000 tetamu pelbagai kaum menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin dan isteri, Toh Puan Norlidah R M Jasni di Istana Negeri, di sini, hari ini.

Majlis rumah terbuka bermula jam 11 pagi hingga 1 petang itu menghidangkan pelbagai juadah menarik, termasuk sate, ketupat, lemang dan rendang.

Selain menikmati hidangan, tetamu juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada artis tempatan negeri ini.

Orang ramai membanjiri perkarangan Istana Negeri Sabah sempena Rumah Terbuka Hari Raya Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini. - Foto Bernama
Orang ramai membanjiri perkarangan Istana Negeri Sabah sempena Rumah Terbuka Hari Raya Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini. - Foto Bernama

Pada majlis itu, Tun Juhar dan isteri turut meluangkan masa bersalaman dengan tetamu, selain memotong kek Aidilfitri bermotifkan kereta api, sebelum diagihkan kepada tetamu.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, bersama isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib.

Tetamu kenamaan lain ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Madius Tangau, Datuk Christina Liew dan Datuk Jaujan Sambakong serta menteri-menteri kabinet negeri. - Bernama

Artikel Berkaitan: