Datuk rugi RM17,000 ditipu 'cucu'

Mohd Wazir
Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - Niat murni seorang warga emas membantu meminjamkan wang kepada cucunya bagi tujuan perniagaan memakan diri apabila 'cucu' yang menghubunginya pada 2 Mei lalu itu sebenarnya penipu.

Tektik licik suspek berjaya memperdaya lelaki berusia 73 tahun dari Cameron Highlands itu apabila mangsa menyerahkan RM17,000 seperti yang diminta.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek yang menyamar sebagai cucu mangsa menghubungi lelaki untuk meminjam wang bagi tujuan perniagaan.

Menurutnya, mangsa yang percaya cucunya memerlukan wang meminjamkan RM1,000 dan wang itu dimasukkan ke sebuah akaun bank atas nama individu lain yang diberikan.

"Pada hari yang sama 'cucunya' menghubungi mangsa minta sejumlah wang lagi kerana RM1,000 yang dipinjamkan itu tidak cukup.

"Tanpa menyedari dia sedang ditipu, mangsa meminjamkan RM16,000 lagi kepada lelaki yang menyamar sebagai cucunya itu,"katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa hanya menyedari dia ditipu apabila bertemu dengan cucunya yang sebenar pada 29 Mei lalu.

"Warga emas itu bertanya cucunya tentang wang yang dipinjamkan namun lelaki itu menafikan dia ada meminta wang daripada mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis 4 Jun lalu,"katanya.

Beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan mengesan pemilik akaun bank yang digunakan bagi membantu siasatan.