Latheefa sahkan letak jawatan ahli PKR

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Latheefa Beebi Koya telah meletakkan jawatan sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

"Terima kasih atas nasihat tetapi saya sudah menghantar surat perletakan jawatan saya sebagai ahli biasa PKR semalam selepas dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya menerusi satu hantaran di akaun Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas nasihat daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil supaya Latheefa mengambil langkah serupa dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang meletakkan jawatan sebagai ahli Parti Amanah.

Pelantikan tersebut turut menimbulkan pelbagai reaksi kerana berdasarkan Manifesto Pakatan Harapan setiap lantikan membabitkan jawatan penting negara perlu melalui Parlimen.

Hari ini, Pejabat Perdana Menteri (JPM) hari ini mengumumkan pelantikan peguam dan Pengarah Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty itu sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM menggantikan Mohd Shukri Abdull yang menamatkan kontraknya lebih awal.

Menurut JPM pelantikan Latheefa sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

JPM menyatakan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan permohonan Mohd Shukri untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau.

Tempoh perkhidmatan Mohd Shukri sepatutnya tamat pada 17 Mei 2020.

Artikel Berkaitan: