Nikahi persis Paris Hilton, jejaka Bali popular

Pasangan bahagia, Nur Khamid dan Polly.
Pasangan bahagia, Nur Khamid dan Polly.
A
A
A

BALI - INDONESIA. Nama pemuda Karna Radheya atau nama sebenar Nur Khamid semakin popular di laman enjin pencarian Google oleh jutaan netizen di sini.

Netizen mencari informasi pemuda itu gara-gara menikahi seorang wanita persis Paris Hilton iaitu Polly Alexandria Robinson, 21, dari Manchester.

Pernikahan pasangan itu juga tular di media sosial setelah rakaman berdurasi 13 saat memaparkan pernikahan mereka di Jawa Tengah pada 16 Disember lalu telah dimuatnaik di Facebook Eris Riswandi meraih 758,950 tontonan.

Menerusi video itu, perkahwinan mereka berlangsung secara sederhana dan Polly telah memeluk Islam enam bulan lalu.

Kenyataan di Instagram Polly, dia tidak termakan kata-kata dan kutukan dari netizen yang menyatakan dirinya tidak sepadan dengan Nur Khamid sebaliknya sangat menyayangi suaminya.

Kisah percintaan mereka bermula di Pulau Dewata pada Ogos 2017 di restoran Lulu Kicthen di Bali.

Nur Hamid adalah pekerja yang juga pemilik restoran tersebut.

Kerap bertemu, hubungan mereka semakin akrab dan memutuskan untuk mendirikan rumah tangga pada 16 Disember.

Artikel Berkaitan:

Kata Nur Hamid, ia adalah kehendak Tuhan dan tidak menyangkakan jodohnya dengan wanita cantik dari luar negara.

"Kalau namanya jodoh, tiada siapa boleh halang. Saya tidak pernah mengarah untuk mendapatkan wanita cantik ini sebagai isteri saya.

"Namun ALLAH mengatakan Polly adalah jodoh saya," katanya.

Dalam pada itu, katanya, tidak menyangka video pernikahan dan gambar perkahwinan mereka tular kerana niat asalnya untuk maklumkan hubungan mereka telah halal.

Sementara itu, ahli keluarganya turut merestui hubungan mereka. - Tribunnews