Perantau pulang lebih awal

Suasana di TSK lengang dan penumpang menunggu bas dengan selesa.
Suasana di TSK lengang dan penumpang menunggu bas dengan selesa.
A
A
A

KUANTAN - Cuti persekolahan lebih awal sebelum sambutan Aidilfitri dapat mengelak kesesakan di Terminal sentral Kuantan (TSK).

Ramai perantau mengambil keputusan pulang ke kampung lebih awal.

Tinjauan Sinar Harian di TSK semalam mendapati ruang legar lengang malah penumpang yang menunggu bas juga dalam keadaan selesa.

Kerani tiket bas ekspress, Zubir Idin, 46, berkata, tiket ke semua destinasi sempena hari raya sudah habis kecuali perjalanan untuk ke Kuala Lumpur masih dijual.

Menurutnya, ada pelanggan mahu mendapatkan tiket saat akhir tetapi tidak ramai.

"Keadaan di TSK tidak sesak dan seperti hari biasa sahaja. Mungkin kerana cuti sekolah lebih awal dan hanya sebahagian sahaja yang mengambil tiket di akhir Ramadan," katanya.

Seorang lagi penjaga kaunter tiket, Nor Farhana Mohd sayuti, 24, berkata, tiket bas untuk ke utara pada tarikh 4 Jun masih dijual membuktikan situasi tidak sibuk.

Bagaimanapun katanya, tiket pada 2 dan 3 Jun sudah habis dan ada yang terpaksa transit ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan perjalanan.

Artikel Berkaitan: