MBFM sokong cadangan tangguh kutipan hutang

Fadzli
Fadzli
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) menyambut baik cadangan penangguhan kutipan hutang peneroka supaya dapat memberi keselesaan golongan terbabit menyambut Aidilfitri.

Presidennya, Muhammad Fadzli Hasan berkata, ia merupakan antara tiga perkara yang diminta MBFM kepada kerajaan dan Felda sebelum ini.

“Yang pertama, kita minta bonus dan Alhamdulillah selesai. Kedua, kita minta bayar tunggakan pemberian elaun sara hidup.

“Ketiga ialah menghentikan potongan hutang buat sementara. Jadi secara asasnya kita bersetuju cadangan itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dalam pada itu katanya, Felda juga perlu menyelesaikan segera isu bayaran kepada kontraktor ladang yang masih berlarutan.“Mereka ini kebanyakannya anak peneroka Felda dan sudah tiga hingga empat bulan tidak menerima bayaran. Sedikit sebanyak persiapan Aidilfitri terjejas.

“Setakat ini jawapan daripada Felda adalah mereka menunggu bantuan kewangan daripada kerajaan sebanyak RM6.23 bilion,” katanya.

Artikel Berkaitan: