‘Fikir kemampuan kewangan kerajaan, Felda’

A
A

KUALA LUMPUR – Penangguhan kutipan hutang peneroka Felda boleh dicadangkan tetapi ia harus bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan dan Felda untuk melaksanakannya.

Aktivis Felda mewakili Pertubuhan Suara Generasi Baru Felda (SGBF), Datuk Zulkefli Nordin berkata, beliau menyokong cadangan penangguhan berkenaan yang mampu memberi kelegaan kepada peneroka.

“Saya syorkan kepada peneroka yang berkemampuan, mereka boleh teruskan pembayaran. Kalau ada peneroka yang tak mampu, nak pakai banyak belanja untuk raya, kita sokong tangguhkan bayaran, tidak menekan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Zulkefli juga meminta kerajaan menyegerakan pembayaran duit raya sebelum Aidilfitri.

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sebelum ini mengarahkan Felda segerakan pembayaran tunggakan pinjaman sara hidup dan pendahuluan hasil dilaksanakan sebelum 5 Jun ini,” katanya.