LAP sedia pelan kontingensi Aidilfitri

Abdul Yunus memotong daging untuk dijual kepada pengunjung pasar tani dalam jualan happy hour pada Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani di Pasar Tani Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Tapah hari ini.
Abdul Yunus memotong daging untuk dijual kepada pengunjung pasar tani dalam jualan happy hour pada Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani di Pasar Tani Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Tapah hari ini.
A
A
A

IPOH - Lembaga Air Perak (LAP) menyediakan pelan kontingensi sempena perayaan Aidilfitri bagi memastikan bekalan air bersih dapat dibekalkan secara berterusan kepada pengguna.

Exco Infrastruktur Awam, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, pelan kontingensi Aidilfitri yang disediakan itu merangkumi pelan tindakan sekiranya berlaku keadaan bekalan air di luar kawalan.

Menurutnya, LAP akan sentiasa memantau sistem bekalan air serta memastikan loji rawatan air beroperasi dengan baik.

"Permintaan bekalan air di kawasan luar bandar dijangka meningkat disebabkan ramai yang pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Sehubungan dengan itu, pengguna-pengguna dinasihatkan menggunakan air secara berhemah serta mengelakkan pembaziran," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu Abdul Yunus berkata, sebarang maklumat mengenai status bekalan air boleh diperolehi melalui portal rasmi dan media sosial LAP iaitu di www.lap.com.my; Twitter @laptwitts; facebook Lembaga Air Perak ADMIN dan di talian pusat aduan 15353 /1800887788.

Sementara itu, dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani di Pasar Tani Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Tapah hari ini, Abdul Yunus turut meminta pengguna Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) berhati-hati berikutan berlaku kemalangan pertama malam tadi selepas ia dirasmikan pada Jumaat lalu.

Artikel Berkaitan:

Abdul Yunus melancarkan jualan happy hour melibatkan daging lembu dan ayam sempena Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani di Pasar Tani Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Tapah hari ini.
Abdul Yunus melancarkan jualan happy hour melibatkan daging lembu dan ayam sempena Majlis Pelancaran Program Jualan Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani di Pasar Tani Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Tapah hari ini.

"Menjelang perayaan ini banyak kenderaan yang akan menggunakan jalan dan lebuhraya. Saya fikir WCE ini lebuh raya baharu dan mungkin ramai yang teruja menggunakannya.

"Jadi saya minta pengguna lebuh raya lebih berhati-hati dan pastikan memandu secara berhemah agar sampai ke destinasi dengan lebih selamat," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Yunus berkata, pihaknya turut meminta Jabatan Kerja Raya dan pihak konsesi lebuh raya tersebut menambah ciri-ciri keselamatan di sepanjang laluan Seksyen 8 WCE itu termasuk kawasan berhampiran terutama dari aspek pencahayaan.

Malam tadi, satu kemalangan berlaku di KM158.3 WCE membabitkan sebuah kereta dinaiki seorang lelaki.

Siasatan awal polis mendapati, kereta yang dalam perjalanan dari arah Teluk Intan ke Sabak Bernam terbabit hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar besi pengadang di sebelah kiri jalan.

Jajaran Seksyen 8 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat yang menghubungkan Hutan Melintang-Teluk Intan dibuka secara rasmi bermula jam 6 petang, Jumaat lalu bagi mengurangkan kesesakan jalan raya sempena Aidilfitri ini.

Laluan sepanjang 19.1km ini direka bentuk sebagai laluan dua lorong dua hala dan menjadi laluan pintasan kepada penduduk sekitar Sabak Bernam, Bagan Datuk, Hutan Melintang, Teluk Intan dan Sitiawan.