Polis tempatkan balai bergerak di drawbridge

Rahim (kiri) sewaktu meninjau drawbridge bersama A Rahman (dua, kanan), Razlee (tiga, kanan) dan wakil MBKT serta Terengganu Inc.
Rahim (kiri) sewaktu meninjau drawbridge bersama A Rahman (dua, kanan), Razlee (tiga, kanan) dan wakil MBKT serta Terengganu Inc.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis Kuala Terengganu menempatkan sebuah balai bergerak di tepi menara selatan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ sepanjang laluan itu dibuka untuk tempoh percubaan bermula hari ini sehingga 17 Jun.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, penempatan balai bergerak itu bagi membolehkan pihaknya membuat pemantauan dan melancarkan aliran trafik di jambatan itu.

Menurutnya, dua anggota polis juga akan bertugas secara statik dan syif selama 24 jam, sepanjang tempoh berkenaan.

“Selain itu, kita juga akan mengatur gerakkan anggota trafik dan unit rondaan bermotosikal untuk rondaan secara berkala dan sekiranya berlaku kesesakan di atas jambatan ini, mereka akan bertindak melancarkan lalu lintas.

“Kita jangkakan pada hari raya pertama dan kedua, kenderaan yang melalui jambatan ini akan meningkat dari kedua-dua arah sebab orang teruja untuk melihat jambatan ini yang merupakan mercu tanda baharu bagi Terengganu,” katanya.

ACP ABDUL RAHIM MD DIN
ACP ABDUL RAHIM MD DIN

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa membuat tinjauan di jambatan angkat bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A Rahman Yahya dan Pengurus Kanan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Terengganu, Razlee Hassan di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi arahan dan peraturan yang telah dikeluarkan.

Artikel Berkaitan:

Sekiranya mereka melakukan kesalahan seperti memberhentikan kenderaan, pihak polis akan mengambil tindakan dengan mengarahkan mereka untuk beredar meninggalkan jambatan agar tidak mengganggu lalu lintas.