Video tular rampas jualan peniaga, DBKL nafi terlibat

Seorang individu memuat naik video memaparkan mengenai tindakan rampasan air di laman Facebook baru-baru ini.
Seorang individu memuat naik video memaparkan mengenai tindakan rampasan air di laman Facebook baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan pihaknya terlibat dalam insiden membabitkan peniaga yang memaparkan jualan airnya dirampas ketika azan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, DBKL menjelaskan video yang ditularkan adalah merupakan insiden lama (tahun lepas) dan ianya bukan tindakan oleh DBKL.

"Tindakan penguatkuasaan tersebut dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan lain.

"DBKL kesal dengan penularan semula video tersebut oleh pengelola laman berkenaan yang cuba mengaitkan insiden itu dengan pihak berkuasa ini," katanya.

Katanya, motif pengelola laman berkenaan juga kurang difahami tetapi ianya ada unsur-unsur tidak sihat.

"Pihaknya kesal dengan penularan semula video tersebut dan beranggapan pengelola laman tersebut tidak bertanggungjawab," katanya.

Terdahulu, tular di Facebook apabila seorang individu memuat naik mengenai kejadian melibatkan rampasan jualan peniaga yang bertajuk air buah dibuang, tuannya kena pukul, pasar Ramadan.

Artikel Berkaitan: