Bank Muamalat serah zakat perniagaan RM159,304.08 kepada MAIPs

Tuanku Syed Sirajuddin (dua dari kanan) perkenan menerima zakat perniagaan Bank Muamalat Malaysia Berhad yang disampaikan oleh Mohd Redza Shah. Turut berangkat Tuanku Syed Faizuddin (tiga dari kiri).
Tuanku Syed Sirajuddin (dua dari kanan) perkenan menerima zakat perniagaan Bank Muamalat Malaysia Berhad yang disampaikan oleh Mohd Redza Shah. Turut berangkat Tuanku Syed Faizuddin (tiga dari kiri).
A
A
A

PADANG BESAR - Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun 2018 berjumlah RM159,304.08 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) pada Jumaat lalu.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan menerima mock cek tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif bank berkenaan, Datuk Mohd. Redza Shah Abdul Wahid pada Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 16 bagi tahun 2019 di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Padang Besar, dekat sini.

Berangkat sama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengurus Kawasan Utara BMMB, Azman Shuib.

Hadir sama pada program tersebut, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Selepas solat, baginda berdua berkenan merentasi sempadan Malaysia-Thailand diiringi Speaker DUN, Datuk Hamdan Bahari meluangkan masa di Pasar Besar Pekan Siam di Padang Besar sebelah Thailand.

Artikel Berkaitan: