Astro tawar program menarik sempena Syawal

No Image Caption
A
A
A

BERSEMPENA dengan sambutan Syawal pada tahun ini, syarikat televisyen berbayar Astro menampilkan pelbagai program menarik untuk seisi keluarga merangkumi program hiburan variasi, muzikal dan komedi, koleksi filem-filem terlaris tempatan dan antarabangsa, drama bersiri terkini, telefilem spin-off menampilkan nama- nama popular tanah air, naskhah-naskhah throwback legend serta program kanak-kanak dan animasi.

Bagi peminat naskhah premium, Astro turut membawakan filem televisyen (FTV) terbaharu menerusi platform Astro First Eksklusif dan disusuli dengan filem-filem terkini terbitan Astro Shaw yang bakal menemui para penonton di pawagam seluruh Malaysia tidak lama lagi. Pelbagai program istimewa raya dalam format video digital juga bakal disiarkan secara eksklusif di kesemua platform digital Astro.

Pasangan hos popular Nabil Ahmad dan Neelofa bakal menemani penonton pada malam raya menerusi program MeleTOP Raya yang menampilkan keluarga selebriti popular tanah air sebagai artis jemputan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut diiringi dengan kehadiran Siti Aafiyah, Ariff Jiwa, Tya Arifin dan Asyraf Khalid.

Selain itu, artis Lana Nordin Mckienzie bersama suami dan kedua cahaya matanya, Fauziah Latiff, Datuk M Nasir, Ernie Zakri, Syamel, Andi Bernadee, Nabila Razali dan Syafiq Farhain. Hiburan tanpa henti pada malam raya turut menghidangkan program Sepahtu Reunion Al Raya 2019 menerusi saluran Astro Warna dan Warna HD yang menampilkan Mira Filzah, Atikah Suhaime, Rozita Che Wan dan Datuk Jamal Abdillah.

No Image Caption

Koleksi filem-filem terlaris tempatan dan antarabangsa daripada yang terkini hingga ke retro turut menemani penonton sepanjang Aidilfitri ini seperti Hantu Kak Limah, Polis Evo 2, Abang Long Fadil 2, Pengabdi Setan, Dukun, Munafik 2, Train To Busan, Midnight Runners, Bad Genius, Mann, Kabhi Khushi Kabhie Gham dan Kuch Kuch Hota Hai.

Tidak terhenti di situ, pelbagai program berbentuk variasi, hiburan dan muzikal bakal disajikan sepanjang Syawal termasuklah program istimewa Gegar Vaganza Raya Muzika di Astro Ria, Geng Big Stage Beraya (Astro Ria), Cinta Overhaul Aidilfitri (Astro Warna) yang menampilkan Erra Fazira, Ajak dan Shahrol Shiro serta penampilan istimewa Datuk Jamal Abdillah sebagai Zack dan Norlia Ghani sebagai Azura dan banyak lagi.

Para penonton juga akan dihiburkan dengan pelbagai program hiburan berunsur komedi sepanjang musim perayaan ini menerusi saluran Astro Warna dan Warna HD seperti MLM Raya 2019, Sepahtu Reunion Raya Gear 5, Arena Panggang Marah-Marah Sayang dengan penampilan istimewa Datuk Aliff Syukri, Datin Shahida, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Ozlynn dan Johan.

Artikel Berkaitan:

Drama bersiri terkini yang menampilkan nama-nama popular tanah air turut menanti antaranya minggu akhir Curi-Curi Cinta dibintangi Aiman Hakim Redza dan Zahirah Macwilson yang akan jatuh pada minggu kedua Syawal dan disusuli dengan drama terbaharu lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose menerusi Setelah Lafaznya Akad.

Manakala telefilem spin-off terhebat turut dibariskan seperti Cerita Raya Luar Biasa, dibintangi Wany Hasrita, Ismail Izzani dan Andi Bernadee. Diikuti Cik Reen Encik Ngok Ngek Raya lakonan Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah.

No Image Caption

Seterusnya, Kan Ku Kejar Cinta Kamu Raya lakonan Fendy Bakry dan Amyra Rosli, Buku Resipi Mak Esah (Sherry Al Hadad) dan Jihan Spooky Show (Jihan Muse).

Atas permintaan ramai, Astro Prima dan Prima HD turut membariskan koleksi throwback naskhah-naskhah legenda yang pastinya mengundang deraian air mata menerusi judul Pondok Buruk 1, Pondok Buruk 2, Quran Buruk, Pondok Plastik Tepi Kubur dan Kereta Sorong Nenek. Bagi memberi kepuasan menonton yang maksima dengan kualiti yang lebih jelas, telefilem-telefilem ini telah dinaik taraf dalam format definisi tinggi untuk dipertontonkan buat pertama kalinya pada hari raya kelak.

Program istimewa animasi dan kanak-kanak juga turut disajikan sepanjang Syawal menerusi saluran Astro Ceria seperti koleksi siri animasi seperti Nussa, Upin Ipin Raya dan Omar & Hana, telefilem Raya Kolumpo (Nabil Ahmad, Jalil Hamid dan Zulin Aziz) dan pertandingan nyanyian terbaharu Ceria Megastar Ministar yang menampilkan Datuk Aznil Nawawi dan Zizan Razak sebagai juri tetap.