Adik nyaris jadi mangsa samun, culik

Pengalaman Tarmiziani dikongsi bersama netizen yang tular di laman sosial.
Pengalaman Tarmiziani dikongsi bersama netizen yang tular di laman sosial.
A
A
A

TEMERLOH - Pesanan seorang abang supaya mengunci pintu kenderaan menyelamatkan adik perempuannya dari menjadi mangsa samun atau culik pada Jumaat lalu.

Tular di laman sosial sejak semalam berikutan perkongsian pengalaman seorang penjawat awam, Muhammad Tarmiziani Mohd Nor, 24, bersama adiknya yang berusia 21 tahun di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh Hala Barat.

Ketika dihubungi Sinar Harian hari ini, Tarmizi memberitahu, ketika kejadian dia bersama adiknya berhenti di hentian tersebut untuk berbuka puasa.

Menurutnya, dia mengambil adiknya di sebuah universiti awam di Kuantan dan dalam perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Dakwanya, ketika makan, ada beberapa indidvidu yang memerhatikan mereka namun tidak mahu memikirkan sebarang perkara negatif ketika itu.

"Namun saya masih berfikiran positif mengenangkan bulan puasa. Kemudian saya ke tandas dan meninggalkan adik seorang diri dalam kereta.

Dua beradik masih trauma akibat kejadian yang berlaku di R&R Temerloh pada Jumaat lalu.
Dua beradik masih trauma akibat kejadian yang berlaku di R&R Temerloh pada Jumaat lalu.

"Sebelum pergi ke tandas, saya pesan kepadanya supaya kunci pintu dan masa di dalam tandas, adik menelefon beberapa kali dan kali ketiga saya angkat, adik beritahu ada kecemasan jadi saya bergegas keluar ke kereta," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, adiknya dalam keadaan terketar-ketar menceritakan terdapat dua lelaki tidak dikenali dengan cara kekerasan cuba membuka pintu kereta tersebut namun gagal.

"Syukur kerana adik selamat namun rasa trauma masih ada hingga sekarang. Malah adik saya sampai mengigau ketika tidur kerana terkejut dengan insiden tersebut.

"Ini kali pertama saya berdepan dengan insiden sebegini. Memang tak sangka langsung namun ia menjadi pengajaran untuk lebih berhati-hati selepas ini," katanya.

Dia juga berharap supaya masyarakat berhati-hati sepanjang waktu dan bukan hanya menjelang musim perayaan sahaja tidak menjadi mangsa penjenayah.