Pesara berputih mata RM58,400

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Akibat terlalu takut terlibat dengan pengubahan wang haram dan kesalahan dadah menyebabkan seorang pesara kerajaan berputih mata mengenangkan ditipu RM58,400, 29 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berumur 62 tahun itu ditipu setelah menerima panggilan daripada seorang wanita kira-kira jam 3 petang yang menyamar sebagai sebagai pekerja pejabat pos laju Kuala Lumpur.

Menurutnya, suspek memaklumkan bahawa mangsa mempunyai notis tidak membayar cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah dalam pengurusan saham.

"Mangsa kemudiannya disambungkan kepada suspek yang dikenali sebagai Sarjan Azizul mengatakan mangsa terlibat dalam kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram.

"Sarjan Azizul kemudiannya menyambungkan telefon kepada Asisten Superintendan Yong dari Bukit Aman dan bersetuju untuk membantu mangsa namun perlu dirahsiakan dan bersetuju untuk membuat siasatan awal ke atas akaun pengadu.

"Mangsa kemudian disuruh membayar wang sebanyak RM58,400 untuk menyelesaikan kes tersebut dan mangsa yang terlalu takut bersetuju sehinggakan mangsa dan suaminya terpaksa mengeluarkan wang simpanan mereka," katanya.

Tambahnya, mangsa telah membayar sebanyak 14 transaksi di dua akaun CIMB namun mangsa berasa ditipu dan telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis.

Sementara itu, bagi kes berlainan, Mohd Wazir berkata, seorang lagi mangsa mengalami kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu individu yang menyamar ejen perkapalan, Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mangsa yang berumur 56 tahun itu telah dihubungi oleh seorang wanita bernama Wong yang memberitahu agar mempercepatkan proses pemunggahan barangan yang berada dalam kontena milik kawan pengadu untuk pemeriksaan Kastam.

"Mangsa diminta membuat pembayaran sebanyak RM15, 000 dan mangsa telah membuat tiga transaksi ke akaun ke atas akaun CIMB.

"Setelah pembayaran dibuat, mangsa diminta sekali lagi membayar RM25,000 tetapi tidak buat demikian kerana berasa ditipu dan melaporkan perkara ini kepada pihak polis," katanya.