Suami bunuh isteri positif HIV

Suspek kini berada dalam tahanan polis dan berdepan tuduhan membunuh.
Suspek kini berada dalam tahanan polis dan berdepan tuduhan membunuh.
A
A
A

ISLAMABAD - Seorang lelaki di Pakistan tergamak membunuh isterinya selepas mangsa disahkan positif HIV.

Menurut polis di Shikarpur, suami mangsa bertindak menggantung isterinya yang berusia 32 tahun pada pokok di luar rumah mereka selepas menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain hingga dijangkiti HIV.

Suspek kini berada dalam tahanan polis dan berdepan tuduhan membunuh.

Insiden di perkampungan berhampiran bandar Larkana itu berlaku selepas hampir 700 penduduk kebanyakannya kanak-kanak disahkan positif HIV sejak beberapa minggu lalu akibat tindakan seorang doktor yang didakwa menggunakan jarum suntikan tercemar.

Separuh daripada budak yang dijangkiti berumur bawah lima tahun.

Difahamkan, Dr Muzaffar Ghangro telah dipenjarakan di bandar Ratodero.

Siasatan sedang dijalankan susulan kejadian menggemparkan itu yang telah mencetuskan kemarahan banyak pihak.

Doktor berkenaan yang turut disahkan positif HIV menafikan dakwaan cuai melakukan tugas dan mendakwa tidak mengetahui jarum suntikan itu telah tercemar dengan virus tersebut.

Artikel Berkaitan:

Selasa lalu, pakar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut tiba di Pakistan untuk membendung penularan virus berbahaya tersebut. - Agensi