Jentera BN siap sedia hadapi PRK Cameron Highlands

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Jentera pilihan raya BN Pahang diarah bersiap-sedia bagi menghadapi PRK Cameron Highlands, 26 Januari tahun depan seperti diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jentera pilihan raya BN telah bersiap-sedia sejak keputusan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya mengenai kerusi parlimen itu lagi.

"Dengan pengumuman SPR hari ini, jentera kita akan diperkemaskan lagi kesiap-sagaannya," katanya dalam kenyataan media petang ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penamaan calon bagi kerusi berkenaan akan diadakan pada 12 Januari, manakala hari mengundi awal pada 22 Januari.

Artikel Berkaitan: