Tawar biasiswa untuk pelajar Palestin

Saifuddin menyampaikan sumbangan raya kepada seorang pelajar tahfiz di Dewan Bandaran Kulim hari ini.
Saifuddin menyampaikan sumbangan raya kepada seorang pelajar tahfiz di Dewan Bandaran Kulim hari ini.
A
A
A

KULIM - Tawaran biasiswa kepada pelajar dari Palestin adalah salah satu usaha kerajaan membantu rakyat Palestin membangunkan semula negara mereka.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hasil sumbangan pihak dan universiti swasta, sebanyak RM11.48 juta berjaya dikumpulkan dan ia dijadikan sebagai tabung biasiswa.

"Tujuan kita (wujudkan biasiswa) ialah untuk membiayai anak-anak Palestin.

"Apabila pelajar ini tamat belajar atau Palestin kembali aman damai, mereka dapat bantu kembali membangunkan negara itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas tamat program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan kerajaan, anak yatim dan pelajar tahfiz di Dewan Bandaran Kulim hari ini.

Saifuddin berkata, tindakan membiayai penuntut Palestin itu bagaimanapun menimbulkan salah faham.

"Alhamdulillah baru-baru ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudahkan umumkan mengenai biasiswa itu.

"Cuma apabila diumumkan, ramai yang salah faham dan menyangka ia biasiswa kerajaan. Sebenarnya tidak, itu sumbangan daripada pihak swasta," katanya.

Artikel Berkaitan:

Saifuddin berkata, kerajaan memberikan keutamaan kepada pelajar Palestin melanjutkan pengajian dalam bidang kedoktoran dan kejuruteraan di negara ini.

"Apabila nak bangun semula negara mereka perlukan bidang kejuruteraan dan kedoktoran. Itu paling penting.

"Jadi kita tak beri mereka mengaji dalam bidang Sains Sosial...itu kemudian sedikit," katanya.

Katanya, nasib pelarian Rohingya dan Syria di negara ini juga mendapat perhatian apabila mereka dibantu banyak pertubuhan.

"Banyak pertubuhan di negara kita menggerakkan program kebajikan dengan memberikan persekolahan kepada mereka.

"Paling tidak mereka ada asas membaca dan dapat kuasai bahasa Melayu dengan baik," katanya.