Adakah Peguam Negara jalankan tugas dengan niat baik dan adil?

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar mempersoal sama ada Peguam Negara, Tommy Thomas menjalankan tugas dengan niat yang baik dan adil berikutan pelbagai isu melibatkan perundangan negara menjadi pertikaian ramai sejak kebelakangan ini.

Katanya, perkembangan tidak sihat dalam sistem perundangan negara itu boleh mengundang pelbagai perspektif negatif buat rakyat yang cintakan keadilan.

“Sebagai contoh tindakan Peguam Negara (Tommy) dalam kes melibatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Kes sedang berjalan dan seramai lebih 30 saksi sudah dipanggil akhirnya mahkamah melepaskan beliau walaupun pendakwaraya telah buat representasi untuk discharge.

“Begitu juga kes Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Bomba yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas. Peguam Negara arahkan supaya inkues ditubuhkan kononnya untuk memberi keadilan kepada Adib. Selepas 36 hari Inkues berjalan, peguam yang mewakili KPKT dan Bomba diarahkan menarik diri.

“Puncanya dikatakan bermula apabila peguam tersebut akan memanggil semula seorang pakar daripada luar negara yang sebelum ini memberi kenyataan yang bercanggah dengan saksi-saksi lain selepas saksi pendakwaan menyatakan Adib meninggal dunia kerana kemalangan,”katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya lagi, ramai pihak juga mengatakan kelemahan Tommy Thomas antara punca sistem perundangan negara menjadi pertikaian.

ARIKEL BERKAITAN: Inkues Adib: KPKT sahkan terima surat Peguam Negara

Artikel Berkaitan: