Solat jenazah ghaib untuk bekas ADUN Kelaboran

Solat jenazah ghaib untuk Mohd Zaki diimamkan oleh Ahmad bersama kira-kira 400 jemaah di Masjid Al Aziz Al Hadi Mukim Kota Warisan Berangan Tumpat.
Solat jenazah ghaib untuk Mohd Zaki diimamkan oleh Ahmad bersama kira-kira 400 jemaah di Masjid Al Aziz Al Hadi Mukim Kota Warisan Berangan Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Masjid Al Aziz Al Hadi Mukim Kota Warisan Berangan Tumpat mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Mohd Zaki Ibrahim yang meninggal dunia malam tadi.

Suasana sedih menyelubungi ruang solat masjid berdekatan kediaman Allahyarham yang dihadiri sahabat dan pimpinan parti politik pada jam 7.15 pagi hari ini.

Solat jenazah ghaib untuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran itu diimamkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Pimpinan Pas yang hadir, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, ADUN Kelaboran, Mohd Adanan Hassan, ADUN Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah dan ADUN Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Ma'la Makkah selepas solat zohor di sana.

Mohd Zaki dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital King Abdul Aziz pada 29 Mei lalu berikutan komplikasi kencing manis.

Allahyarham menunaikan umrah bersama isteri dan empat anaknya sejak seminggu lalu dan dijadual pulang ke tanah air pada 2 Syawal ini (6 Jun).

Mohd Zaki menjadi ADUN Pas di DUN Kelaboran selama tiga penggal bermula tahun 2004.

Artikel Berkaitan:

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 beliau menewaskan calon BN Wan Johani Wan Hussein.

Beliau mengekalkan kemenangannya pada PRU 2008 dan PRU 2013, kedua-duanya dengan menewaskan calon BN Wan Hanapi Wan Yaakob.

Bagaimanapun PRU14, beliau tidak bertanding kerana 'direhatkan' daripada mempertahankan kerusinya tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ADUN Kelaboran meninggal dunia di Makkah