11 maut, enam cedera insiden tembakan di Virginia

Sekurang-kurangnya 11 maut sementara enam lagi cedera dalam insiden tembakan rambang di bandar Virginia semalam. - Foto Twitter/Moorkk A
Sekurang-kurangnya 11 maut sementara enam lagi cedera dalam insiden tembakan rambang di bandar Virginia semalam. - Foto Twitter/Moorkk A
A
A
A

VIRGINIA - Sekurang-kurangnya 11 orang maut sementara enam lagi cedera dalam insiden tembakan rambang di sebuah bangunan kerajaan di bandar Virginia semalam.

Polis berkata, suspek yang identitinya tidak didedahkan merupakan pekerja di Majlis Perbandaran Virginia Beach di mana insiden berlaku.

Difahamkan, insiden berlaku sekitar jam 4 petang waktu tempatan dan kawasan sekitar yang menempatkan banyak bangunan kerajaan dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Insiden berlaku di Majlis Perbandaran Virginia Beach, Virginia. - Foto Reuters
Insiden berlaku di Majlis Perbandaran Virginia Beach, Virginia. - Foto Reuters

Menurut Ketua Polis James Cervera, penembak yang dipercayai bertindak bersendirian terbunuh ketika berbalas tembakan dengan pihak polis.

Sementara itu, seorang anggota polis merupakan antara mangsa yang cedera apabila sebutir peluru mengenai ves yang dipakainya.

"Ia merupakan hari paling menyedihkan dalam sejarah Virginia Beach," kata Datuk Bandar, Robert Dyer dalam satu sidang media.

Gabenor Virginia, Ralph Northam pula menyifatkan insiden sebagai 'hari tragik' buat bandar Virginia dan turut menyampaikan ucapan takziah buat keluarga mangsa.

Artikel Berkaitan:

Media tempatan melaporkan, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) turut berada di lokasi kejadian bagi membantu pihak berkuasa tempatan menjalankan siasatan.- Agensi