Sultan Kelantan Qiamullai di Masjid Al-Ismaili

Sultan Kelantan Qiamullai di Masjid Al-Ismaili, malam tadi.
Sultan Kelantan Qiamullai di Masjid Al-Ismaili, malam tadi.
A
A
A

TUMPAT - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan berangkat menghadiri Program Qiam With Me di Masjid Al -Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan di sini malam tadi.

Tuanku Sultan Kelantan turut menunaikan solat Isyak dan solat sunat terawih bersama rakyat.

Turut berangkat hadir, Tengku Mahkota Kelantan,Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz.

Tuanku yang mengenakan jubah putih turut berkenan menyampaikan zakat kepada 1,440 asnaf apabila selesainya solat sunat terawih jam 11.12 malam.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat sunat terawih dan Qiamullai di Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat sunat terawih dan Qiamullai di Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan.

Program tahunan ini berakhir hingga solat subuh berjemaah di masjid ini dan Tuanku turut bersama jemaah mengikuti Qiamullai bermula jam 3.30 pagi dan solat subuh.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob hadir sama di majlis itu.

Sementara itu, jemaah, Mohd Reduan Daud, 50, berkata, dia teruja apabila dapat bersama menunaikan solat sunat terawih bersama tuanku.

Artikel Berkaitan:

"InsyaAllah saya akan mengikuti qiamulai dan bersahur di masjid ini.

" Tuanku juga bersama jemaah untuk qiamulai dan solat subuh," katanya.

Semua jemaah berbuka puasa dan bersahur di perkarangan masjid ini.