13 lampu isyarat dikuningkan sempena Aidilfitri

Wan Azharuddin Wan Ismail
Wan Azharuddin Wan Ismail
A
A
A

TAPAH - Sebanyak 13 lampu isyarat di daerah ini akan dijadikan dalam kedudukan lampu kuning berkelip bermula jam 12.01 pagi ini sehingga 10 malam Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya turut menutup laluan di lampu isyarat utama Bukit Baldwin di Pekan Tapah menggunakan pengadang.

"Penutupan serta menjadikan semua lampu isyarat dalam kedudukan lampu kuning berkelip-kelip ini dijalankan sempena Ops Selamat ke-15 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitiri 2019.

"Ia juga bertujuan untuk melancarkan aliran trafik dari kedua-dua arah selatan dan utara," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azharuddin, pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dengan bantuan Tugas Am dan Pasukan Sukarelawan Polis Tapah turut berkerjasama memantau Jalan Persekutuan dari masa ke semasa.

Berikut adalah senarai lampu isyarat yang dijadikan dalam kedudukan kuning sekitar Tapah sempena Ops Selamat ke-15.

• L/Isyarat Pekan Temoh

• L/Isyarat Dataran Amanjaya Temoh

Artikel Berkaitan:

• L/Isyarat Pasar Swam Tapah

• L/Isyarat simpang masuk kilang Ihoist Chenderiang

• L/Isyarat Bukit Baldwin Pekan Tapah

• L/Isyarat Simpang Tiga Jalan Bidor - Teluk Intan

• L/isyarat Public Bank Bidor

• L/Isyarat kawasan Industri / Bomba Bidor

• L/Isyarat Jeram Mengkuang / Kg Pasir Jalan alternatif Bidor - Teluk intan

• L/isyarat Taman Sungkai Perdana

• L/Isyarat Pekan Sungkai

• L/Isyarat plaza tol Sungkai

• L/isyarat jalan alternatif Sungkai - Kuala Bikam bidor