PRK Cameron Higlands: Pas tak letak calon

Datuk Takiyuddin Hassan
Datuk Takiyuddin Hassan
A
A
A
KUALA LUMPUR - Pas tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang berlangsung 26 Januari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas bagaimanapun akan memberi sokongan kepada calon yang mewakili pembangkang dalam PRK itu.

“Sebagai sebuah parti pembangkang, Pas mengharapkan PRK ini turut menghasilkan keputusan bagi menguatkan lagi wakil pembangkang, terutama dalam Parlimen Malaysia.

“Hal ini penting kerana amalan demokrasi yang baik memerlukan proses semak dan imbang dalam pentadbiran sesebuah kerajaan. Dengan kata lain peranan pembangkang adalah amat penting,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Pas juga akan mengarahkan ahli-ahlinya di kawasan Cameron Highlands turun membuang undi sebagaimana pendirian parti.
Artikel Berkaitan:


Kerusi Parlimen Cameron Highlands dimenangi oleh Datuk C Sivarraajh yang mewakili BN dalam PRU14.

Bagaimanapun, mahkamah mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands adalah terbatal berikutan terdapat amalan rasuah.