Latihan penyediaan bahan letupan: Warga Indonesia didakwa

Muhammad Amru Lubis hadir ke Makamah Sesyen Petaling Jaya dengan 2 pertuduhan iaitu SEK 130F(A) dan SEK 130JB(1)(A), hari ini. FOTO:ZAHID IZZANI
Muhammad Amru Lubis hadir ke Makamah Sesyen Petaling Jaya dengan 2 pertuduhan iaitu SEK 130F(A) dan SEK 130JB(1)(A), hari ini. FOTO:ZAHID IZZANI
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas dua pertuduhan berhubung kegiatan pengganas termasuk memberi latihan penyediaan bahan letupan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Amru Lubis.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dalam pengetahuan telah bersetuju untuk memberikan latihan dalam penyediaan bahan letupan kepada ahli kumpulan WhatsApp 'Sehati Sejiwa' dalam persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.

Lelaki yang berusia 49 tahun itu juga didakwa memiliki sebuah telefon bimbit yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis beralamat Jalan SM2, Taman Subang Mas dekat sini.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias mengikut Seksyen 130 F (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Perenggan 130 J B (1)(a) Akta sama.

Hakim Norshila Kamaruddin menetapkan 29 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: