Tawaran terhebat buat ahli Big AirAsia

Golden Gate
Golden Gate
A
A
A

AIRASIA kembali menyediakan tawaran hebat terutama kepada ahli Big AirAsia ke dua lokasi menarik di India.

Nikmati yuran pemprosesan sifar di tempahan penerbangan AirAsia dengan kad BigPay anda.

Dengan tawaran penerbangan sehala serendah RM269, anda mampu ‘terbang’ ke Jaipur iaitu ibu kota Rajasthan atau boleh memilih untuk ke Amritsar yang terletak di Punjab dengan harga sehala serendah RM319 sahaja!

Apa ada di Jaipur

Jika memilih untuk ke Jaipur, anda pasti tertarik dengan keunikan Hawa Mahal, Jantar Martar, Pink City, Amber Fort, City Palace dan Birla Mandir Temple. Tempat untuk beli-belah dan makan-makan juga disediakan.

Anda mungkin tertanya-tanya tentang Jaipur. Sebenarnya, banyak tempat menarik ada di sana yang boleh diterokai, bukan sekadar populariti lagu Jai Ho! Jika di Agra ada Taj Mahal, Jaipur pula terkenal dengan Hawa Mahal dan Jal Mahal.

Sebenarnya, ‘Mahal’ membawa maksud istana. Ini bermakna terdapat dua istana indah di Jaipur yang kini menjadi ikon pelancongan bandar itu. Walaupun ada dua ‘Mahal’ di sana, anda tak perlu risau kerana apa yang ditawarkan AirAsia bukan sahaja tidak mahal, malah berbaloi!

Terkenal dengan jolokan ‘Kota Merah Jambu’, Jaipur dilimpahi keindahan Banjaran Avialli. Meskipun dihiasi kehijauan alam, arus kemodenan tidak pernah lari meninggalkan kawasan itu. Hawa Mahal pastinya salah satu tarikan utama, tidak hairanlah ia menjadi ikon Jaipur.

Jal Mahal pula tidak kurang hebatnya. Istana yang terletak di Tasik Man Sagar itu menampakkannya seolah-olah terapung. Warna tasik yang membiru menyerlahkan keindahan bangunan. Di sinilah lokasi sesuai untuk bergambar.

Artikel Berkaitan:

Pendek kata, berada di Jaipur percutian anda tidak akan pernah membosankan. Asal bijak susun jadual, akan hebatlah percutian anda dengan pelbagai pengalaman menakjubkan.

Amber Fort
Amber Fort



Ayuh, terus mencari pengalaman baru dengan menjelajah City Palace, kubu Nahargarh, Birla Temple, Panna Meena ka Kund, Muzium Albert Hall dan Vidyadhar Garden. Teroka semua tempat ini, jangan terlepas satu pun!

Bagi yang gemarkan aktiviti dan festival, Jaipur sememangnya penuh dengan kejutan dan kemeriahan. Jika anda meminati layang-layang, anda patut melawat Rajasthan pada 14 Januari setiap tahun kerana tarikh itu berlangsungnya Festival Layang-layang.

Festival Gangaur pula berlangsung pada March dan April setiap tahun, menandakan akhirnya musim sejuk dan musim bunga pun tiba. Festival Dhulandi atau pesta warna-warni juga istimewa kerana pihak berkaitan menganjurkan program berkenaan khusus untuk pelancong.

Udaipur dan Jaisalmer

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik dan bersejarah yang boleh anda kunjungi termasuk di Udaipur dan Jaisalmer. Udaipur of Rajasthan adalah bandar yang sangat romantis dan mewah, kebanyakannya kerana taman, taman dan istana. Lima tempat terbaik harus dikunjungi ini pasti mengejutkan anda.

Saheliyon-Ki-Bari yang terletak di sebelah utara bandar raya diwarnai dengan kehijauan. Begitu juga dengan Kompleks Istana Bandar, ia yang terbesar di Rajasthan terhasil daripada istana yang diubah menjadi hotel.

Keindahan di Bagore Ki Haveli dan The Lake Pichola of Rajasthan dua tempat yang pasti seronok untuk anda kunjungi. Jangan lupa Ambrai Ghat, jika anda pencinta fotografi matahari terbenam di sini sangat menarik.

Pada hujung Januari dan awal Februari, amat sesuai sekali untuk anda ke Jaisalmer. Pada waktu ini Festival Desert Jaisalmer yang dibuat secara tahunan diadakan. Kota batu pasir keajaiban Jaisalmer yang terletak di padang pasir Thar Rajasthan, menimbulkan imej-imej kisah Arabian Nights.

No Image Caption

Amritsar lokasi untuk diterokai

Salah satu lokasi menarik untuk anda terokai ialah Amritsar. Sebuah bandar yang terletak di barat laut India dan merupakan sempadan antara India dan Pakistan. Amritsar - gabungan tradisi, budaya, sejarah dan makanan yang indah.

Anda pasti tertarik dengan keunikan Golden Temple, Wagah Border, Jallianwala Bagh dan sudah pastinya Hall Bazar iaitu pusat membeli-belah menjadi tumpuan untuk anda membeli buah tangan buat keluarga.

Wagah Border sempadan jalan raya utama yang menandakan garis pemisah antara Pakistan dan India, yang dikenali sama dengan ‘Tembok Berlin Asia’.

Di sempadan ini, upacara berundur yang dinamakan ‘menurunkan bendera’ telah diadakan setiap malam sejak 1959.

Tempat yang pasti anda tak mahu terlepas tentunya Hall Bazaar - pusat membeli-belah yang paling sibuk di Amritsar. Terletak di Jalan Hall, destinasi membeli-belah sehenti ini mempamerkan pelbagai produk terutamanya barangan bulu yang berkualiti, seperti permaidani, selimut dan selendang.

Jiwa Amritsar terdapat di Golden Temple Kuil Emas, tempat suci bagi agama Sikh. Kuil itu dihiasi dengan karya emas dan marmar yang menakjubkan yang terus memberi inspirasi kepada pelancong dari seluruh dunia.

Jallianwala Bagh menempatkan sebuah telaga tempat orang melompat masuk untuk melarikan diri daripada tembakan dipelihara di situ. Lubang-lubang peluru di dinding dalam Jallianwala Bagh turut dapat dilihat oleh pelancong.

Ada lima keunikan di Jaisalmer yang perlu anda kunjungi iaitu Kubu Jaisalmer dan Fort Palace, Jain Temples, Havelis, Safari Unta serta Pasir Dunes dan Taman Negara Gurun.

Kesemua tempat-tempat ini bakal meninggalkan pengalaman menarik buat anda. Tunggu apa lagi, tempah tiket penerbangan anda dengan AirAsia sekarang!

Semuanya dalam satu cara mudah di https://air.asia/vQqxw