Lori pikap kenderaan anak OKU di Mataram

Lori pikap kenderaan anak OKU di Mataram.
Lori pikap kenderaan anak OKU di Mataram.
A
A
A

LOMBOK, INDONESIA - Yayasan Tuna Netra Al-Mahsyar Mataram yang menempatkan 60 penghuni cacat penglihatan pelbagai peringkat umur memerlukan kenderaan baharu bagi memudahkan pergerakan mereka.

Sejak diasaskan pada 1979, penghuni di sini hanya menaiki lori pikap untuk bergerak ke sesuatu lokasi.

Mereka yang dibantu 14 orang tenaga pengajar itu akan memanjat kerusi kayu yang menjadi tangga untuk turun dan naik lori tersebut.

Kesemuanya akan berdiri sambil berpaut antara satu sama lain atau berpegang pada palang besi pada lori ketika lori bergerak menuju destinasi.

Dalam satu perjalanan, sekitar 20 hingga 30 orang sahaja dapat dimuatkan dalam lori tersebut dan pemandu lori tersebut akan berpatah balik ke yayasan bagi mengambil penghuni yang lain.

Para penghuni Yayasan Tuna Netra Al-Mahsyar Mataram menrima sumbangan berupa wang tunia daripada MyCare bagi meringankan beban menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Para penghuni Yayasan Tuna Netra Al-Mahsyar Mataram menrima sumbangan berupa wang tunia daripada MyCare bagi meringankan beban menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengasasnya, Abdullah Mahsyar, 70 kini sudah tidak dapat menguruskan yayasan tersebut selepas terlantar akibat angin ahmar sejak lapan tahun lalu.

Dalam misi MyRamadan Gempa Bumi Lombok, minggu lalu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare yang juga mengetuai misi, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar memberitahu sumbangan dihulurkan kali ini berupa wang tunai bagi meringankan beban menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:

"Kali kedua kami datang beri duit raya dan wang tunai sumbangan rakyat Malaysia untuk yayasan ini. Sebelum ini MyCare telah bantu membaik pulih asrama yang runtuh akibat gempa tahun lalu

"Kita berharap bantuan ini dapat menggembirakan penghuni di sini kerana mereka memerlukan bantuan kita semua untuk bangkit selepas dilanda bencana," katanya.

MyRamadan Gempa Bumi Lombok, minggu lalu, MyCare menghulurkan sumbangan berupa wang tunai bagi meringankan beban menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
MyRamadan Gempa Bumi Lombok, minggu lalu, MyCare menghulurkan sumbangan berupa wang tunai bagi meringankan beban menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Ketika bercakap kepada penghuni Yayasan Tuna Netra, Mohd Zin meminta anak-anak di situ mendoakan rakyat Malaysia supaya sama-sama dapat menjadi penghuni Syurga ALLAH.

Penghuni di sini turut diajar pendidikan agama dan hafazan al-Quran selain pendidikan akademik di sekolah.

Rata-rata penghuni di situ sudah boleh menghafaz al-Quran serta memiliki kebolehan masing-masing termasuk bermain alat muzik.

Persembahan dari kalangan OKU di Mataram
Persembahan dari kalangan OKU di Mataram