X

Kindly register in order to view this article
!

TH serah zakat RM6.5 juta kepada MAIDAM

A
A

KUALA TERENGGANU - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM6.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menerima pembayaran zakat itu daripada Pengurus Besar (Operasi Domestik) TH, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali di Istana Syarqiyyah, di sini.

“Bayaran zakat untuk Terengganu itu mencatatkan peningkatan sebanyak 26.4 peratus berbanding tahun 2017 yang berjumlah RM5,162,195.54,” kata Ahmad Ruzman selepas majlis penyampaian zakat berkenaan.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua MAIDAM Datuk Osman Muda dan Pengarah TH Terengganu Datuk Mohyen Mosman.

Ahmad Ruzman berkata TH berharap dengan pembayaran zakat itu, ia dapat dimanfaatkan oleh Maidam ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf.

Ahmad Ruzman berkata, jumlah keseluruhan bayaran zakat TH pada 2018 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 26.6 peratus iaitu RM85.57 juta berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM67.61 juta.

Pada majlis yang sama Dr Ahmad Shamsuri turut menyampaikan sumbangan zakat Terengganu Incorporated kepada Sultan Mizan yang berjumlah RM3.8 juta bagi zakat perniagaan syarikat anak kerajaan negeri itu untuk tahun kewangan 2018.

Pada majlis yang berasingan di pejabatnya, MAIDAM turut menerima pembayaran zakat dari Bank Muamalat Malaysia Berhad yang berjumlah RM159,304.

Sementara itu, Osman berkata MAIDAM menyasarkan pungutan zakat berjumlah RM170 juta pada tahun ini berbanding RM160.3 juta tahun lepas. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf