Saya tak ada masalah bekerja dengan sesiapa: Ben Amir

ben
ben
A
A
A

PELAKON Ben Amir menegaskan hubungannya dengan Uqasha Senrose hanyalah teman biasa dan mengakui dirinya masih single kerana mahu fokus kepada kerjaya seninya.

Meskipun dikatakan mempunyai hubungan cinta, kata Ben, dia sentiasa profesional apabila melibatkan soal kerja dan tidak pernah cuba menolak gandingan mereka semata-mata untuk mengelakkan daripada digosipkan bersama.

Malah mereka buat pertama kalinya digandingkan bersama dalam sitkom yang pernah popular pada penghujung era 90an, Spanar Jaya yang bakal memulakan musim terbaharunya tidak lama lagi.

“Saya tak ada masalah untuk bekerja dengan sesiapa pun, termasuk Uqasha. Soal gosip tu, saya tak boleh nak halang. Apa yang penting kat sini, kami profesional dalam soal kerja.

“Selama ini pun saya tak pernah cakap yang kami ni bercinta, sebaliknya hanya kawan biasa. Sampai sekarang pun kami masih lagi berkawan dan tidak ada masalah untuk bekerjasama.

“Buat masa ini saya masih single dan tidak mempunyai teman istimewa kerana mahu fokus pada kerjaya yang perlukan perhatian daripada saya. Soal nikah kahwin, terpulanglah pada jodoh dan saya terima seadanya,” luah Ben yang mencari seseorang yang mampu memahami dirinya.

Bagaimanapun, kata Ben, dia tidak mampu menghalang orang di luar sana untuk terus bercakap tentang hubungan dengan pelakon filem Hantu Kak Limah itu.

“Orang kalau nak gosip, dia akan gosip juga. Jadi saya tak boleh nak halang pun walaupun sebenarnya kurang selesa bila orang fokus pada saya kerana gosip-gosip sebegini.

Artikel Berkaitan:

“Lebih baik cerita tentang kerjaya, daripada cerita saya kawan atau bercinta dengan siapa,” tegas Ben.

Dalam perkembangan lain, Ben kini sedang sibuk belajar Muay Thai dalam usahanya untuk mempersiapkan diri berlakon filem aksi pada masa akan datang.

“Sebelum ini ada ada menerima beberapa tawaran berlakon filem, tetapi terpaksa menolaknya kerana jadual penggambarannya bertindih dengan jadual kerja lain.

“Mungkin belum rezeki saya untuk buat filem, tetapi siapa tahun 2019 nanti ada peluang lain yang menanti.

“Jadi saya saja belajar Muay Thai untuk persiapan kalau-kalau dapat tawaran buat filem aksi selepas ini kerana saya memang minat dengan filem genre itu,” katanya.