Jakel, KBS ceriakan Aidilfitri 50 asnaf

Syed Saddiq bersama Mohd Fuad (kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada 50 asnaf fakir miskin yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) dan miskin bandar di Jakel Mall hari ini.
Syed Saddiq bersama Mohd Fuad (kanan) ketika menyampaikan sumbangan kepada 50 asnaf fakir miskin yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) dan miskin bandar di Jakel Mall hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Jakel dan Kementerian Belia dan Sukan meraikan 50 asnaf fakir miskin yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) dan miskin bandar dengan menghulurkan sumbangan duit dan baju raya.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Kumpulan Jakel kerana sentiasa membantu OKU dan golongan miskin bandar serta menceriakan sambutan Aidilfitri mereka dengan sumbangan yang sangat bermakna.

"Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak Jakel kerana sentiasa membantu OKU dan kelompok miskin bandar dengan pemberian duit raya dan baju raya.

"Ini bukan program pertama kerana telah banyak sumbangan yang Jakel lakukan sepanjang bulan Ramadan ini," katanya pada majlis sumbangan Jakel Raya kepada golongan asnaf di Jakel Mall di sini hari ini.

No Image Caption

Syed Saddiq yang juga Ketua Armada turut mengharapkan ada banyak lagi syarikat dan tokoh korporat akan terus menyumbang khidmat bakti terutama di bulan mulia seumpama ini. "Kalau semua golongan korporat dan syarikat mainkan peranan, saya percaya kita akan dapat membantu lebih ramai orang kurang kemampuan dan nikmat raya dapat dirasai semua umat Islam di Malaysia.

"Malah pada masa akan datang mungkin Jakel boleh mengatur kolaborasi dengan KBS untuk membantu asnaf dan kelompok miskin bandar yang memerlukan bantuan dan pembelaan," katanya.

Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Jakel, Mohd Fuad Ahmad berkata, selain di Kuala Lumpur, Jakel di cawangan-cawangan lain di seluruh negara juga menerapkan inisiatif bantuan yang sama kepada asnaf dan OKU.

Artikel Berkaitan:

Mohd Fuad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada 50 asnaf fakir miskin yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) dan miskin bandar di Jakel Mall hari ini.
Mohd Fuad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada 50 asnaf fakir miskin yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU) dan miskin bandar di Jakel Mall hari ini.

“Kita yakin dengan sumbangan serba sedikit ini dapat membantu memeriahkan persiapan Aidilfitri golongan kurang bernasib baik ini.

“Saya yakin kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan golongan miskin bandar, dengan bantuan ini diharapkan dapat mengurangkan kesempitan yang mereka alami,” katanya.

Jakel memberi peluang kepada golongan asnaf dan OKU untuk memilih baju raya di gedung Jakel dan sedikit sumbangan duit raya.