Korea Utara uji senjata taktikal canggih
Jong-un dilaporkan berpuas hati dengan ujian senjata baharu tersebut.
A
A
A
PYONGYANG - KOREA UTARA. Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un menyelia ujian senjata baharu berteknologi tinggi, menurut media tempatan, hari ini.
Korean Central News Agency (KCNA) melaporkan ujian di Akademi Sains Pertahanan Nasional itu berjaya dilakukan, namun ia tidak menyatakan jenis peranti yang digunakan.
Penggunaan perkataan 'taktikal' menerusi laporan KCNA itu menjelaskan tiada roket balistik jarak jauh atau peralatan nuklear terlibat dalam ujian itu.
Malah, Korea Selatan juga tidak mengesan sebarang ujian seumpama itu.
"Jong-un berpuas hati dengan ujian itu dan menyifatkan ia sebagai titik perubahan yang menggembirakan dalam mengukuhkan kuasa tentera Pyongyang," jelas laporan itu.
Difahamkan, 'senjata taktikal berteknologi tinggi' itu telah dibangunkan sejak sekian lama bertujuan untuk membina pertahanan negara yang kukuh.
Perkembangan itu berlaku hampir setahun selepas Korea Utara melakukan ujian terakhir misil balistik antara benua yang boleh menjangkaui tanah besar Amerika Syarikat (AS).
Keputusan Pyongyang menggantung ujian nuklear dan misil balistik miliknya telah menjadi kunci kepada perkembangan diplomatik negara itu yang membawa kepada rundingan bersejarah Korea-AS di Singapura pada Jun lalu. - AFP
Remaja taksub dengan teman lelaki hubungi lebih 100 kali sehari
25 April 2024 07:20am
Kerajaan Arab Saudi giat bangunkan sistem AI
24 April 2024 07:52pm
Pembunuh kucing dipenjara 14 bulan
24 April 2024 06:14pm
Penduduk Bangladesh solat mohon hujan
24 April 2024 05:57pm
[VIDEO] Adira, Datuk Red bercerai talak satu
24 April 2024 09:56am
Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
24 April 2024 10:26am
Jenazah Noor Rahiza akan dibawa ke rumah untuk penghormatan terakhir
24 April 2024 01:47pm
Suami isteri jual sate ayam semurah 50 sen secucuk
24 April 2024 11:40am