JKM cari ibu kandung dua beradik

Ibu kandung dua kanak-kanak dicari JKM Alor Gajah.
Ibu kandung dua kanak-kanak dicari JKM Alor Gajah.
A
A
A

ALOR GAJAH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memohon kerjasama orang ramai yang mengenali ibu kandung dua beradik berusia 8 dan 9 tahun yang tinggal bersama ibu saudara di Kampung Solok Duku, Masjid Tanah.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah, JS William Raj berkata, sehingga kini ibu kandung kepada Nurul Fatiha Abdul Rahim,9, dan Ammar Izzat Abdul Rahim belum lagi tampil, manakala bapa kepada kanak-kanak terbabit telah meninggal dunia pada April lalu.

Menurutnya, Mahkamah Majistret Alor Gajah juga telah memberi kebenaran jagaan sementara kepada Orang Yang Layak (OYL) iaitu ibu saudara mereka Maznah Othman bermula 28 Mei lalu di bawah seksyen 19(2) Akta Kanak-kanak 2001pindaan 2016.

Katanya, kanak-kanak itu diserahkan kepada ibu saudara sejak mereka berusia 2 dan 3 tahun dan sehingga sekarang ibu kandung belum dapat dikesan.

"Sehubungan itu kita menggesa waris kepada kanak-kanak ini serta mana-mana pihak yang mungkin mengenali ibu kandung mereka untuk tampil menyalurkan maklumat kepada JKM.

"Mereka boleh berbuat demikian dengan menghubungi Pelindung Kanak-kanak Alor Gajah di talian 06 551267," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian pernah menyiarkan kisah dua kanak-kanak terpaksa menumpang kasih ibu saudara yang juga ibu tunggal dalam rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang serba kekurangan selepas ditinggalkan ibu mereka yang berasal dari Sabah.

Artikel Berkaitan: