611 notis kepada peniaga bazar di Petaling Jaya

MOHD SAYUTHI
MOHD SAYUTHI
A
A
A

PETALING JAYA - Sebanyak 611 notis telah dikeluarkan kepada peniaga bazar Ramadan di bawah seliaan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sehingga 24 Mei lalu.

Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Sayuthi Bakar berkata, semua notis berkenaan dikeluarkan kepada peniaga yang gagal mematuhi syarat kesihatan ditetapkan oleh pihak majlis sebelum ini.

Beliau berkata, terdapat dua unit di bawah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran MBPJ telah terlibat dalam pemeriksaan bazar pada tahun ini.

"Unit Penguatkuasan Penjaja dan Peniaga Kecil serta Unit Kawalan Mutu Makanan yang ditubuhkan di bawah jabatan ini akan memantau syarat-syarat berkaitan kesihatan dan kebersihan pengendali makanan.

"Objektif jabatan ini adalah untuk memastikan setiap peniaga mematuhi syarat kesihatan bagi menjamin keselamatan, kesihatan awam serta terhindar daripada berlakunya wabak penyakit bawaan air seta makanan," katanya ketika Mesyuarat Penuh MBPJ, hari ini.

Pada tahun ini, sebanyak 18 lokasi bazar Ramadan telah diluluskan oleh MBPJ.

Malah, MBPJ juga turut memperketatkan tindakan penguatkuasaan pada tahun ini di beberapa lokasi bazar bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan serta syarat ditetapkan.

Artikel Berkaitan: