Piza Ssamjeang Domino’s yang pedas dan enak kembali!

Wartawan Meja Rencana Sinar Harian menerima Piza Ssamjeang sebagai juadah berbuka puasa yang diedarkan wakil Domino's, di pejabat Sinar Harian Shah Alam, Selangor semalam.
A
A

DOMINO'S Pizza kembali dengan Piza Ssamjeang! Kali ini Domino"s menawarkan sajian manis dan pedas, dengan sedikit sentuhan drama Korea.

Kenapa digelar Ssamjeang? Kerana majoriti rakyat negara ini gemarkan drama Korea, bukan sahaja pelakon malah makanan negara itu cukup dekat di hati rakyat negara ini.

Piza Ssamjeang khususnya Piza Ssamjeang daging telah menambat hati rakyat Malaysia dan menjadi piza yang terlaris pada tahun lalu.

Rasai kelazatan dan kepedasan melalui kempen ‘So Spicy, So Drama’ dengan tiga menu yang berbeza, iaitu Piza Ssamjeang daging, ayam dan tuna.

Rahsia kelazatan produk Domino’s ini adalah terletak pada sos pedas Koreanya yang dicipta khas oleh Domino’s sebagai asas piza bagi Pizza Ssamjeang.

Dengan gabungan kepedasan dan kemanisan, sos Ssamjeang yang unik ini pasti membuat anda jatuh cinta selepas cubaan kali pertama.

Bagi melengkapkan kemunculan semula Ssamjeang, Domino’s juga membawa kembali kepak ayam Haseyos, yang dibakar sempurna bersama salutan sos Ssamjeang yang lazat dan ditaburi bijan serta parsli kering.

Domino's sentiasa tawar produk berkualiti

Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan memberitahu pihaknya akan terus membawa inovasi dan menawarkan pengalaman yang menyeronokkan bersama produk yang lazat dan berkualiti tinggi dengan nilai yang hebat.

"Kami juga berusaha untuk mempelbagaikan jenama dan akan memastikan semua pelanggan mendapat pengalaman Domino’s yang sentiasa menjadi kenangan yang terbaik.

"Kejayaan kami di negara ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada pelanggan setia yang sentiasa memberi semangat, inspirasi dan motivasi yang menjadi tunggak usaha kami," ujarnya.

Nikmati tawaran hebat ‘So Spicy, So Drama’

Rakyat Malaysia akan mendapat tawaran hebat sepanjang kempen ‘So Spicy, So Drama’, dengan promosi seperti Ssamjeang Buddy Combo yang menawarkan 1 Ssamjeang Pizza Regular, 1 Cheesy Cheddar Stix/Mozzarella Stix, 1 Ayam Haseyo dan 2 tin minuman ringan pada hanya RM39.90, sekaligus anda jimat RM25.60.

Pelanggan juga boleh membeli Ssamjeang Super Combo, yang menawarkan 1 Ssamjeang Pizza Regular, 1 piza Regular, 1 Cheesy Cheddar Stix/Mozzarella Stix, 1 Ayam Haseyo dan 1 botol minuman ringan pada hanya RM54.90, dengan penjimatan sebanyak RM37.60.

Untuk nilai lebih hebat, pelanggan boleh memesan 2 Pizza Deals dan mendapatkan Piza Ssamjeang dengan tambahan keju, yang boleh didapati pada harga daripada RM35.90 untuk dua piza sederhana, RM56.90 untuk dua piza besar dan RM77.90 untuk dua piza paling besar.

Piza Ssamjeang menawarkan sajian manis dan pedas yang pasti menyelerakan.
Piza Ssamjeang menawarkan sajian manis dan pedas yang pasti menyelerakan.

Selain itu, Ssamjeang Pizza saiz personal boleh didapati dengan tawaran 'Super Tuesday' pada setiap Selasa dengan harga serendah RM3.90 untuk pesanan bawa pulang dalam talian dan RM4.90 untuk pesanan dari kaunter. Pizza Ssamjeang juga sebahagian daripada promosi Domino’s Ohsem Hari-Hari pada harga hanya RM5.00 untuk setiap piza peribadi.

Sebagai makluman, Piza Ssamjeang boleh didapati di semua cawangan Domino’s Pizza bermula 20 Mei lalu dan untuk membuat pesanan dalam talian, anda boleh hubungi 1300-888-333.