Pembahagian kerusi: Serah kepada pucuk pimpinan UMNO, Pas

Ahmad Jazlan (dua dari kanan) berbual dengan wartawan Kelantan selepas Colek Perdana Kemudi UMNO, semalam.
Ahmad Jazlan (dua dari kanan) berbual dengan wartawan Kelantan selepas Colek Perdana Kemudi UMNO, semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - UMNO Kelantan menyerahkan keputusan berhubung pembahagian kerusi kepada pucuk pimpinan UMNO dan Pas.

Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, sekiranya semua kerusi di Kelantan diberi kepada Pas secara keseluruhan ketika pilihan raya akan datang, ia tidak akan menjadi satu halangan besar untuk pihak akar umbi memberi kemenangan dan bekerja secara habis-habisan.

Menurutnya, pembahagian kerusi tidak menjadi isu besar kerana UMNO Kelantan sedar, mereka hanya mempunyai lapan kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen ketika PRU lalu.

“Walaupun penganalisa politik melihat pembahagian kerusi akan menjadi halangan dalam membentuk kerjasama UMNO dan Pas, tetapi mereka silap.

“Ketua bahagian UMNO di sini tidak mempunyai masalah malah dalam setiap mesyuarat perhubungan yang kita buat, tidak dibangkitkan isu calon atau agihan kerusi di kawasan mereka,” katanya pada sidang akhbar Colek Perdana Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) UMNO, semalam.

Artikel Berkaitan: