Indahnya Ramadan bila diraikan bersama

Majlis berbuka puasa ini diadakan untuk meraikan anak-anak yatim ini bertempat di Shah Alam Convention City (SACC) Mall di sini semalam.
Majlis berbuka puasa ini diadakan untuk meraikan anak-anak yatim ini bertempat di Shah Alam Convention City (SACC) Mall di sini semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Meraikan kemeriahan Ramadan bukan sahaja dikongsi bersama keluarga tercinta, namun mereka yang kurang bernasib baik turut sama diraikan serta dibantu.

Itu antara pengisian bermanfaat dalam program majlis berbuka puasa anjuran Jameela Street bersama rakan niaga Shah Alam Convention Centre (SACC) Mall di The Teapot Deli di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Jameela Street, Shahidan Hashim berkata, program ini diadakan bersama 40 anak-anak yatim di bawah Zon 14 Majlis Perbandaran Subang Jaya.

"Semua kanak-kanak ini terdiri daripada mereka yang kehilangan ibu dan ayah mereka dan kami bekerjasama dengan zon 14 bawah kawasan Puchong Permai, berbuka puasa bersama dan Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar.

"Program ini kita telah lakukan selama empat tahun berturut-turut, setiap kali Ramadan saya pasti akan mengadakan program bersama anak-anak yatim sebab saya ingin berkongsi kegembiraan bersama mereka," katanya.

Seramai 40 anak-anak yatim ini menerima sumbangan duit raya pada Majlis Berbuka Puasa Jamila Street bersama beberapa penganjur di Shah Alam Convention City (SACC) Mall di sini semalam. (Gambar kecil: Shahidan)
Seramai 40 anak-anak yatim ini menerima sumbangan duit raya pada Majlis Berbuka Puasa Jamila Street bersama beberapa penganjur di Shah Alam Convention City (SACC) Mall di sini semalam. (Gambar kecil: Shahidan)

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Majlis Berbuka Puasa Jamila Street bersama beberapa penganjur di Shah Alam Convention City (SACC) Mall di sini semalam.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, apa yang penting adalah intipati program yang bermatlamat memberikan kegembiraan kepada anak-anak yatim ini.

Artikel Berkaitan:

"Bagi saya harta yang kita dapat, duit yang kita dapat, kita berkongsi bersama dan itu nilai yang paling bagus dalam hidup sebenarnya.

"Saya bersyukur pada hari ini selain daripada saya malah rakan-rakan lain bila mereka dapat tahu saya nak buat program dengan anak yatim, mereka nak sertai dan kongsi untuk sumbangkan kepada kanak-kanak ini," katanya.

Majlis turut diserikan dengan pemberian sumbangan berbentuk duit raya dan juga beberapa hamper cenderamata ringan kepada kanak-kanak ini.

Pengerusi PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Siti Zubaidah Abd Jabar berkata, pihaknya amat menyokong usaha peniaga-peniaga mengadakan majlis untuk meraikan anak yatim atau kurang berkemampuan di bulan Ramadan ini.

Majlis berbuka puasa ini diadakan untuk meraikan anak-anak yatim ini bertempat di Shah Alam Convention City (SACC) Mall di sini semalam. (Gambar kecil: Siti Zubaidah)
Majlis berbuka puasa ini diadakan untuk meraikan anak-anak yatim ini bertempat di Shah Alam Convention City (SACC) Mall di sini semalam. (Gambar kecil: Siti Zubaidah)

"Konsep bersedekah sangat baik kerana selain ia memberikan pahala, ia juga sekali gus memurahkan rezeki mereka yang melakukannya, lebih banyak bersedekah, lebih banyak rezeki akan masuk.

"Dan kami sentiasa menyokong program untuk membantu serta mengadakan majlis sumbangan kepada anak-anak yatim ini," katanya.

#IndahnyaRamadanraikanbersama #JameelaStreet #Sinar Harian Edisi Selangor KL SHAH ALAM-Meraikan kemeriahan Ramadan bukan sahaja dikongsi bersama keluarga tercinta, namun mereka yang kurang bernasib baik turut sama diraikan serta dibantu. Itu antara pengisian bermanfaat dalam program majlis berbuka puasa anjuran Jameela Street bersama rakan niaga Shah Alam Convention Centre(SACC) Mall di The Teapot Deli disini. Ketua Pegawai Eksekutif Jameela Street Shahidan Hashim berkata program ini diadakan bersama 40 anak-anak yatim dibawah Zon 14 Majlis Perbandaran Subang Jaya. "Semua kanak-kanak ini terdiri daripada mereka yang kehilangan ibu dan ayah mereka, dan kami bekerjasama dengan zon 14 bawah kawasan Puchong Permai, berbuka puasa bersama dan Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar. "Program ini kita telah lakukan selama empat tahun berturut-turut, setiap kali Ramadan saya pasti akan mengadakan program bersama anak-anak yatim sebab saya ingin berkongsi kegembiraan bersama mereka," katanya. Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/30590/EDISI/Selangor-KL/Indahnya-Ramadan-bila-diraikan-bersama LAPORAN MOJO MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Wednesday, May 29, 2019