Karnival Jimat Belanja tawar harga berpatutan

Fahmi (dua dari kiri) bersama pengunjung yang mengambil peluang happy hour mendapatkan keperluan makanan dengan harga rendah di Karnival Jimat Belanja PNSCare.
Fahmi (dua dari kiri) bersama pengunjung yang mengambil peluang happy hour mendapatkan keperluan makanan dengan harga rendah di Karnival Jimat Belanja PNSCare.
A
A
A

BANGSAR - Orang awam boleh mendapatkan beras 10 kilogram serendah RM15 dan pek ketupat mini RM3 pada 'happy hour' di Karnival Jimat Belanja di Masjid Ar-Rahah Kampung Kerinchi yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Pengerusi Perbadanan Nasional (PNS), Datuk Dzulkifli Fadzilah berkata, program di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PNSCare Ar-Rahmah menghimpunkan pembekal-pembekal barangan runcit Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-Keep) menawarkan barang keperluan dengan harga berpatutan.

Menurutnya, sebanyak empat pembekal i-Keep iaitu Juara Selera, Etika Beverages, Segi Cash & Carry dan MyCompare mengambil bahagian dalam karnival kali ini.

"Ia menawarkan jualan lebih 200 jenis produk termasuklah beras, gula, tepung, minyak masak, telur dan pelbagai lagi barang keperluan yang lain.

Pembeli beratur untuk menjelaskan bayaran di Karnival Jimat Belanja di Masjid Ar-Rahah Kampung Kerinchi yang berlangsung selama tiga hari
bermula hari ini.
Pembeli beratur untuk menjelaskan bayaran di Karnival Jimat Belanja di Masjid Ar-Rahah Kampung Kerinchi yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

"Penganjuran bukan hanya membantu mengurangkan kos perbelanjaan malah merupakan platform kepada usahawan-usahawan kenderaan saji dan usahawan di bawah program Business In Transformation (BIT) menjana pendapatan mengadakan jualan, " katanya pada pelancaran Karnival Jimat Belanja dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Katanya, sebanyak 500 bungkusan makanan akan disumbangkan kepada Masjid Ar Rahah sebagai jamuan berbuka puasa sepanjang penganjuran tiga hari karnival.

"Program bakal dimeriahkan lagi dengan program ceramah yang disampaikan oleh Pencetus Ummah Jalil Hanafee dan selebriti, Shamsul Ghau-Ghau.

Artikel Berkaitan:

Edaran bubur lambuk disampaikan Fahmi.
Edaran bubur lambuk disampaikan Fahmi.

" Program memasak dan mengedarkan bubur lambuk oleh warga kerja PNS dan Adabi turut diadakan pada hari ini untuk diagihkan kepada 1,000 orang awam," katanya.

Sementara itu Fahmi berkata, beliau menggalakkan lebih banyak program jualan harga murah ditawarkan kepada orang awam sebagai meringankan beban kos sara hidup.

"Karnival Jimat Belanja PNSCare tawar harga berpatutan dan penjimatan berganda menerusi slot happy hour. Harapan saya program sama dapat diperluaskan dan menarik lebih banyak terlibat dalam aktiviti francais dan keusahawanan," katanya.

Pada program sama, Fahmi turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada 50 asnaf daripada Kariah Masjid Ar-Rahah.

Fahmi (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Masjid Ar-Rahah Kampung Kerinchi.
Fahmi (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada asnaf di Masjid Ar-Rahah Kampung Kerinchi.